Beberapa daerah dalam beberapa negeri di Malaysia telah dilanda musibah banjir yang agak teruk pada tahun ini. Buat masa ini, ramai rakyat Malaysia telah memberi bantuan yang diperlukan oleh mereka dari segi keperluan harian dan juga duit. Murah hati rakyat Malaysia! Baik seorang peniaga kepada seorang selebriti masing-masing tidak lokek memberi dan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Ada juga yang sanggup turun padang untuk menyalurkan bantuan bersama-sama.
Berdasarkan pemerhatian kami di media sosial, ramai selebriti membuka ruangan akaun mereka untuk menjadi satu saluran sumbangan kepada pengikut mereka menderma sebelum sumbangan tersebut disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir. Antara selebriti yang aktif menjadi orang tengah menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir ialah Fizo Omar, Ustaz Ebit Lew, YM Raja Azura dan ramai lagi.
Menerusi perkongsian selebriti, Sharifah Shahira di ruangan media sosial miliknya menunjukkan reaksi YM Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku’meleleh’ air mata mendengar selawat anak-anak yatim yang terlibat dalam musibah banjir.
View this post on Instagram
Difahamkan, semasa banjir menimpa ada beberapa orang anak-anak yatim telah diselamatkan oleh ustaz mereka. Ketika kejadian, masing-masing terkepung dan terpaksa membawa diri lari ke bahagian atas dan terpaksa menahan sejuk dan lapar kerana seharian tiada makanan. Akibat hujan yang turun tanpa henti, berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan penempatan anak-anak yatim tersebut menyebabkan pihak bomba mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan itu.
Di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata meluahkan rasa sedih dan sayu apabila mendenga alunan selawat yang dibaca anak-anak yatim tersebut. Musibah banjir kali ini telah memberi kesan yang agak besar memandangkan kita masih lagi melawan pandemik Covid-19 namun ramai antara rakyat Malaysia sudi berkongsi rezeki serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Mungkin hari ini hari mereka tapi esok luasa siapa yang tahu?
Baca juga artikel menarik yang lain:
EU sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir
Lain Macam! Air Banjir Di Thailand Warna ‘Biru Jernih’?
Sumber: Instagram Sharifah Shahira
Post comments (0)