Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Rakaman Wanita Tidur Berjalan Buat Netizen Terhibur

today30 January 2021

Background

Anda kenal kawan-kawan atau anda sendiri tidur berjalan? Mungkin anda nak tahu kisah ini. Tular kisah seorang wanita apabila dia berkongsikan rakaman-rakaman yang luar biasa tentang apa yang dia lakukan pada waktu malam, selepas suaminya memasang kamera pengawasan di sekitar rumah mereka.

Video oleh pengguna TikTok atas nama Celinaspookyboo itu telah memperoleh berjuta-juta tontonan di platform perkongsian video tersebut di mana dia dilihat berjalan ketika tidur. Jelas di dalam video-video yang dikongsikan, wanita itu dilihat berjalan ke ruang tamu dan bercakap seorang diri seolah-olah ada orang lain bersamanya.

@celinaspookybooThis was taken from 2 hours of footage. Adam is a real trooper♬ original sound – Celinaspookyboo

Menurutnya, dia juga pernah keluar dan berjalan di halaman rumah sehingga suaminya datang untuk mengejutkannya bangun dari tidur. Bahayanya! Baru-baru ini Celina ada memuat naik video dengan kapsyen yang mengatakan dia ingat dirinya bermimpi tentang mengadakan pesta kolam renang.

Video berkenaan juga jelas menunjukkan Celina berjalan dalam keadaan teruja ke dapur untuk mengambil minuman buat ‘tetamu’ yang hadir ke pestanya itu dan kemudiannya membawa minuman-minuman dalam tin itu keluar dan melemparkan di halaman rumah sebelum kembali untuk mengambil lebih banyak minuman.

Tambahnya, kita jelas boleh mendengar dirinya bercakap merapu sambil ketawa seronok ketika memberikan tetamunya minuman. Malah ketika dia melakukan perkara itu seorang lelaki yang lalu di hadapan rumahnya kelihatan keliru melihat tingkah laku ganjil wanita berkenaan.

Tabiat lucu tidur berjalan yang dialami wanita itu ternyata membuat netizen berdekah. Namun, ketahuilah bahaya kondisi tidur berjalan perlu dirawat kerana kemungkinan untuk memudaratkan diri dan orang sekeliling adalah tinggi lebih lagi jika orang tersebut sedang mimpi melakukan sesuatu yang boleh mencederakan dirinya atau orang lain.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kesihatan Mental Bergantung Pada Kualiti Tidur

Suhu Yang Sesuai Untuk Keselesaan Badan Bila Waktu Tidur

 

 

Sumber : TikTok

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *