Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Ramai Guru Tak Setuju Pendapat Pensyarah Ini Tentang Cara Pembelajaran Online Yang Berkesan

today19 January 2021

Background

Selain mereka yang bekerja, pelajar dan guru-guru sekolah juga terkesan dengan pandemik COVID-19 yang memaksa kita semua melakukan tugasan harian di rumah. Satu kejutan budaya berlaku apabila pembelajaran secara online menjadi wadah utama sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rata-rata menyuarakan rasa sukar untuk belajar secara online disebabkan tiada kemudahan internet atau komputer di rumah. 

Bagi guru-guru pula, ia boleh dikatakan sebagai cabaran baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagaimanapun, seorang pensyarah menyuarakan pendapat kepada para guru tentang cara P&P yang berkesan. Menurutnya, pembelajaran online dibuat oleh guru-guru seolah-olah gurunya tidak mengajar apa-apa kerana hanya meminta pelajar klik pada link dan jawab soalan. 

Tambahannya lagi, guru-guru sepatutnya menggunakan baki cuti untuk merekod video sendiri mengajar. Menurutnya, murid-murid lebih mudah faham jika melihat gurunya sendiri yang mengajar. Selain itu, pensyarah itu turut mencadangkan penggunaan Power Point untuk dijadikan sebagai nota kepada murid-murid.

Menurutnya, agak sukar sekiranya satu keluarga itu mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah dan perlu menghadiri kelas online dalam waktu yang sama. Oleh sebab itu, pensyarah tersebut memberi cadangan seperti berikut:

Dalam pada itu, ramai juga guru-guru yang kurang bersetuju dengan cadangan yang diberikan. Mungkin mereka ada alasan tersendiri berdasarkan pengalaman masing-masing.

Tak kurang juga yang bersetuju termasuk ibu bapa guru-guru sendiri. 

Apa-apa pun, kita kena akui yang proses pembelajaran semasa PKP ini adalah sedikit sukar dan memerlukan kerjasama semua pihak. Semoga pembelajaran murid-murid dapat diteruskan dan tidak terabai.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Intipati Dan Senarai Pakej Bantuan PERMAI Yang Diumumkan Perdana Menteri

Cuai Tidak Kunci Lokap Sehingga Remaja Perempuan Dakwa Dirogol

 

 

 

 

Sumber daripada: Facebook

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “Siap Bawa Meja” – Tak Boleh Makan Di Restoran, Pak Cik Ini Order Dalam Kereta

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga kagum dengan idea yang dicetuskan oleh pasangan berkenaan.Malah ada yang berpendapat perangai mereka berdua yang bersahaja santai tak lari seperti makan di restoran.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 112.3K views, 4.9K retweets dan 4.8K likes. Lihat komen-komen menarik daripada netizen di Twitter:

today19 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *