Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Satu Kampung Peluk Islam, Tanpa Paksaan..” Ustaz Ebit Lew Ajar 157 Orang Mengucap Syahadah

today1 February 2021

Background

Perkongsian terbaru seorang pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian warganet dengan tindakannya mengajar 157 orang mengucap kalimah Syahadah. Video berdurasi tersebut telah mengundang rasa sebak dan pilu kepada warganet yang melihat tindakan Ustaz Ebit Lew yang tidak lokek dengan sifat suka membantu dan suka berkongsi rezeki.

Video berdurasi 21 saat itu menunjukkan sekumpulan orang Bajau Laut yang juga merupakan kumpulan manusia tanpa negara duduk di atas sampan kecil mengangkat tangan mereka bersama-sama Ustaz Ebit Lew dan seramai 157 orang telah mengucap kalimah syahadah bersama. Difahamkan, tindakan orang-orang Bajau Laut itu tidak dipaksa untuk memeluk Islam malah mereka lakukannya dengan rela.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ustaz Ebit Lew turut berkongsi bahawa orang-orang Bajau Laut tidak ada kepercayaan agama dan mereka adalah dari suku kaum Bajau Laut Semporna Sabah atau digelar gipsi laut. Orang-orang Bajau Laut ini tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut. Ustaz Ebit Lew luahkan rasa sedih melihat kesusahan yang dialami oleh mereka yang sering terputus bekalan makanan.

Kejadian hebat ini berlaku pada mulanya apabila ada beberapa orang Bajau Laut bertanya kepada Ustaz Ebit Lew, siapa Tuhan dan apa itu Tuhan? Persoalan ini membuatkan Ustaz Ebit Lew sebak dan terus mengumpulkan orang-orang kampung Bajau Laut tersebut untuk bercerita perihal agama dan berkongsi ilmunya.

Menurut Ustaz Ebit, hari tersebut ialah hari paling sedih bercampur gembira dalam hidupnya. Ustaz Ebit Lew berkata dia akan  terus memberi bantuan makanan kepada seluruh kampung atas laut tersebut dan sedan berusaha untuk membina sebuah sekolah untuk mereka.

Kini, Ustaz Ebit Lew sedang mencari guru dan ustaz untuk mengajar orang kampung atas laut itu dan akan bayar gaji guru-guru yang sedia mengajar di sana. Mulia tindakan Ustaz Ebit Lew ini..

Rata-rata warganet meluahkan rasa bersyukur dan gembira dengan tindakan Ustaz Ebit Lew. Tambahan pula, tindakannya ini turut mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah. Kami di Kool FM berharap semua urusan Ustaz Ebit Lew dipermudahkan untuk membantu mereka yang memerlukan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ustaz Ebit Lew Beli 100 Tab Hadiahkan Pada Pelajar Memerlukan Kelas Online

“Tadi Makan, YDPA Agong Disuapkan Permaisuri Raja..” Ebit Lew Terharu Agong Sempat Belanja Makan

 

 

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew

Written by: Adinna


Previous post

thumon_dang_van_lam_zing

Sukan

Ejen ‘Beri Jaminan’ Dang Van Lam Akan Turun Beraksi Dalam 30% Perlawanan Untuk Cerezo Osaka

Ejen kepada penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh ZingNews semalam yakin bahawa pemain itu akan turun beraksi dengan Cerezo Osaka apabila saingan 2021 dimulakan. Andrey Grushin turut membandingkan Dang Van Lam dengan penjaga gol dari Thailand, Kawin Thamsatchanan yang menyertai Hokkaido Consadole Sapporo baru-baru ini sebelum kembali ke OH Leuven tanpa diturunkan dalam sebarang perlawanan bersama kelab itu. Menurut artikel itu lagi,... […]

today1 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *