Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Satu Keluarga Jadi Duta Pertama KFC, Scha, Awal Dan Lara Bersyukur Di Atas Penghormatan

today23 April 2021

Background

Siapa tak kenal dengan keluarga yang berpengaruh seperti #schawalara? Scha Alyahya, Awal Ashaari bersama anak sulung mereka Lara Alana adalah 3 sejoli, pergi kemana-mana bersama malah berkerja pun bersama. Walaupun Lara baru sahaja menginjak ke usia 7 tahun, namun bakatnya sudah terserlah dari kecil lagi. Iyalah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan. Lara juga kini dilihat sudah menjadi model buat beberapa jenama bersama ibu bapanya. Memang comel dan kagum sangat dengan keluarga ini yang sentiasa bersama.

Terbaru, Awal berkongsikan satu posting di laman Instagramnya di mana dia mengumumkan bahawa dirinya, Scha dan juga anak perempuan mereka, Lara telahpun dilantik sebagai duta pertama KFC. Bagi Awal dan Scha ini adalah pengalaman yang begitu bererti kerana Lara turut ada bersama mereka di dalam perjalanan ini. Bukan calang-calang tau, satu keluarga jadi duta. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh mereka sekeluarga dalam kalangan masyarakat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Jelas Awal, yang merupakan seorang pengacara popular, dia dan Scha memulakan pengembaraan misi kemanusian bersama Add Hope Malaysia sejak 8 tahun yang lalu lagi. Mereka telah mengembara ke seluruh Malaysia bersama-sama bagi membantu mereka yang memerlukan. Kini perjalanan mereka disambung bersama KFC Malaysia, kali ini lebih indah kerana adanya penambahan ahli baharu iaitu anak mereka sendiri, Lara Alana.

Betul lah rezeki itu tak salah alamat. Ini merupakan rezeki buat mereka sekeluarga. Menerusi ruangan komen di posting Scha Al-yahya, ramai yang mendoakan dan memberikan kata-kata yang baik buat mereka sekeluarga. Ada juga yang berkata “lepas ni hashtag akan betambah lebih panjang #schawalaralyla”.

Baca juga: Manisnya! Lyla Amina Pilihan Scha Alyahya Dan Awal Ashaari

Hal ini adalah kerana, keluarga ini baru sahaja menambah seorang ahli baharu iaitu Lyla Aminaa. Lyla kini berusia 2 bulan tetapi rata-rata dah mula memetik namanya. Pasti lebih meriah nanti.

Wargamaya bersetuju dengan pilihan duta yang tepat ini. Perlantikan Awal, Scha dan Lara sebagai duta adalah sesuai dari pendapat mereka.

“Alhamdulillah.tahniah..memang sesuai jadi duta..Kalian memang sesuai jadi duta..sebab cara u all promote memang nampak natural.”

Apa pun, kita ucapkan tahniah buat keluarga ini di atas rezeki dan peluang yang diberikan. Sememangnya pasangan trio yang disayangi ramai ini layak memikul gelaran duta bagi jenama tradisi yang sangat sinonim dengan memori hubungan kekeluargaan.

Baca juga: Selamat Lahir Anak Kedua, Scha & Awal Tulis Warkah Untuk Lara Sampai Netizen Sedih

Sumber: Awal AshaariScha AlyahyaLara Alana

Written by: Danisyah Dalily


Previous post