Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Saya Cuma Kesian Dekat Suami Saya” – Nabila Huda Keguguran

today8 October 2020

Background

Saya cuma kesian dekat suami saya.”

Itulah antara luahan hati pelakon Nabila Huda kepada pengikutnya menerusi Instagram Story apabila mengetahui dirinya mengalami keguguran buat kali kedua.

Menurutnya, dia rasa amat kecewa selepas mengetahui berlaku pendarahan lagi kerana keinginan untuk memiliki zuriat lagi sangat-sangat tinggi.

Lepas check darah, saya rasa sangat teruja bila doktor mengesahkan saya sedang hamil tapi rasa sangat kecewa bila dapat tahu saya gugur buat kali kedua,” katanya dalam nada sebak.

Tidak dapat menahan sebak, air mata pelakon berjurai jatuh ketika mengatakan dia cuma kasihankan suaminya kerana sudah lama menunggu untuk menimang cahaya mata.

Dia turut meluahkan dengan mempersoalkan kenapa susah sangat untuk memiliki zuriat bila kita mempunyai keinginan tersebut namun, Nabila terus muhasabah diri untuk meneruskan perjalanan hidup dan percaya mereka belum ada rezeki lagi.

Terdahulu, pada April tahun lalu Nabila berkongsi dia mengalami keguguran selepas menanti selama empat tahun.

Setiap manusia ada ujian mereka tersendiri dan yakinlah setiap ujian yang diberikan pasti mampu dipikul. Paling penting kena percaya apa yang terjadi dalam hidup pasti adalah perancangan dari-Nya yang lagi bagus.

Semoga Nabila terus berusaha dan berdoa agar mereka berjaya memiliki zuriat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: instagramnabilahuda

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Lupus dadah RM535,779 | Harian Metro

Kota Bharu: Polis Kelantan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM535,779 membabitkan kes tahun 2000 hingga 2017. Dadah itu terdiri daripada jenis heroin, pil kuda dan ketum membabitkan 2,095 kes untuk tempoh kes 17 tahun. Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata semua dadah itu dilupuskan kerana sudah sudah selesai proses di mahkamah. "Pada masa sama, kita akan terus memburu pengedar, pembekal dan penagih dadah di Kelantan kerana ia menjadi […]

today8 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *