Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Sedap Sangat Makanan Sampai Menangis Baca Doa” – Ramai Puji Bacaan Doa Aqeef Lancar

today18 January 2021

Background

Memang comel tengok gelagat anak sulung kepada pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Bahrin, iaitu Aqeef Anaqi yang sedang membaca doa makan sambil menangis. Video pendek yang dikongsikan Amyra di laman Instagramnya itu mencuri perhatian dan tawa warganet. 

Aqeef yang berusia tiga tahun dilihat menangis teresak-esak sambil mulutnya sedang membaca doa makan. Usikan manja itu turut ditambah oleh Amyra dengan kapsyen “Bila makanan terlalu sedap, doa pun sampai nangis.”

Sementara itu, ramai juga yang memuji bacaan doa yang lancar oleh Aqeef bagi kanak-kanak seusianya. Tidak kurang juga yang membuat andaian bahawa Aqeef menangis selepas dimarahi ibunya.

Walaupun kelihatan sebak, rata-rata komen daripada warganet tetap menyatakan Aqeef comel dalam tangisan. Tidak kurang juga rakan-rakan artis lain yang turut membanjiri ruangan komen. Tapi nampaknya memang kita tak tahulah apa punca Aqeef menangis, dan mungkin benar sebab makanan terlalu sedap.

Written by: Hamka Rosli

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *