Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Selepas Azura, Kini Zack Melengkapi Hidup Datuk Jamal Abdillah Dan Isteri

today12 November 2020

Background
Tarikh 11.11.2020 ramai yang sibuk shopping online sebab ada banyak sale. Tapi untuk keluarga Datuk Jamal Abdillah, ia merupakan tarikh istimewa kelahiran puteranya. Sebelum ini, Azura Yamani menyeri pasangan ini sekarang giliran El Isaac Yamani atau lebih mesra dipanggil Zack. Fuh, Datuk Jamal betul-betul menjiwa filem Azura sehinggakan anaknya diberi nama watak lakonannya dalam filem tersebut.
Baby Zack selamat dilahirkan isterinya, Datin Zai Izzati semalam di sebuah hospital swasta Ipoh. Zack merupakan anak keempat bagi seniman yang berusia 61 tahun itu. Di dalam akaun Instagram rasmi milik Datin Zai Izzati ada berkongsi rasa rindunya kepada anak sulung mereka, Azura. Iya la, mak mana tidak merindui anaknya. Disebabkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir, tiada lawatan hospital dibenarkan jadi Azura kena tunggu mommy dan adik pulang ke rumah ya.
Datuk Jamal Abdillah bernikah dengan Datin Zai Izzati pada 1 April 2017 dan  dikurniakan anak perempuan, Nur Azura Yamani yang lahir pada 10 Oktober tahun lalu. Wow, Azura 10.10, Zack pula 11.11.. Cantiknya tarikh lahir anak-anak Datuk Jamal Abdillah!
Penyanyi legend ini juga ada berkongsi bahawa isterinya sepatutnya dijangka melahirkan anak mereka pada 17 November namun mereka sepakat melakukan pembedahan kelahiran pada tarikh 11 November sebab tarikhnya yang unik dan istimewa.
Baca juga artikel menarik lain:

Written by: Adinna


Previous post

Sukan

Maradona keluar hospital selepas selamat dibedah

Olivos, Argentina: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggalkan hospital hari ini selepas lapan hari menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di otaknya. Maradona meninggalkan Klinik Olivos dekat Buenos Aires dengan menaiki ambulan sejurus selepas doktor Leopoldo Luque memberitahu wartawan dia akan pulang. Luque sebelum itu memuat naik gambar di Instagram memeluk legenda berusia 60 tahun itu yang memakai kain lilitan di kepalanya. Maradona dijangka akan terus menyambung... Klik untuk […]

today12 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *