Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“#SiBodohKauDengarSini” Trending, Netizen Debat Waktu Operasi Kedai Makan

today21 January 2021

Background

Pelbagai reaksi diterima dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan apabila waktu kedai makan beroperasi telah dihadkan. Ada yang beranggapkan ia terlalu singkat kerana mereka perlu menempuh kesesakkan lalu lintas untuk pulang disebabkan sekatan jalan raya yang dilaksanakan berikutkan Perintah Kawalan Pergerakan. Mungkin ada betulnya juga, balik kerja pukul 6 petang, sampai rumah pukul 7 malam, kedai pula ambil pesanan makan terakhir pada pukul 7 malam juga.. Apa pendapat anda?

Kini, di media sosial telah tular #SiBodohKauDengarSini hanya kerana netizen sibuk luahkan rasa tidak puas hati kerana waktu operasi kedai makan ditutup pada pukul 8 malam sepanjang PKP 2.0 kali ini. Oleh itu, ramai netizen mula berdebat tentang kepentingan waktu operasi kedai makan dilanjutkan sehingga 10 malam.

Ramai antara mereka menyatakan bahawa pesanan terakhir di kedai makan berakhir pada pukul 7 malah di GrabFood dan FoodPanda juga tutup pada pukul 7 petang. Kebanyakan mereka berkongsi situasi di mana dengan keadaan balik dari kerja berkemungkinan besar akan lebih lama dari biasa. Tambah mereka, aplikasi penghantaran makanan akan mula sangkut-sangkut apabila terlalu ramai yang menggunakannya disebabkan masa terhad.

Penggunaan tanda pagar ‘Si bodoh, kau dengar sini’, mula trending apabila ramai antara netizen bersetuju dengan luahan yang cuba disampaikan oleh seorang pengguna Twitter lalu mereka juga mula menggunakan tanda pagar yang sama. Tidak disangkakan, Syed Saddiq pun guna hashtag ini ya!

Sementara itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya kini sedang mengkaji mengenai permintaan tempoh waktu operasi kedai makan dilanjutkan. Beliau bimbang sektor ekonomi lain akan mengungkit dan meminta tempoh operasi mereka dilanjutkan juga sekiranya kerajaan membenarkan pelanjutan tempoh operasi kedai makan.

Apa pendapat anda? Bila dah lambat sampai rumah, badan juga akan mula rasa letih dengan seharian bekerja. Jadi semestinya pilihan untuk membuat pesanan makanan adalah satu idea yang bijak dan kurang memeningkan. Kita tinggal scroll, pilih dan transfer!

 

Baca juga:

PKP 2.0, Jom Buat Dalgona Milo Kotak

Tempoh getir PKP 2.0 – Kosmo Digital

 

 

 

 

 

Sumber: Twitter

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *