Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Standard Capai Tahap Antarabangsa, Upin Dan Ipin Kini Di Netflix UK, Australia

today16 April 2021

Background

Siapa tak kenal dengan si kembar Upin & Ipin yang berbaju biru dan kuning? Rasanya seluruh rakyat Malaysia kenal dengan si kembar yang comel dan lincah ini. Terdahulu, animasi Upin & Ipin berjaya merentas ke negara jiran, Indonesia dan menembusi pasaran di sana.

Popularitinya di sana kian melonjak dan kita dapat lihat nama Upin & Ipin seringkali trending di Twitter. Baru sahaja Febuari yang lalu, nama si kembar ini disebut-sebut oleh wargamaya dek kerana episod baru yang ditayangkan di Indonesia yang berjudul Upin Ipin: Tumbuh Rambut. Memang riuh di Twitter, mana tidaknya mereka dikenali dengan penampilan botak tiba-tiba ada rambut.

Baca juga: Genap Satu Dekad Berpuasa, Soo Wincci Masih Teguh Dengan Pendiriannya di Bumi Sepanyol

Kini, Upin & Ipin mengorak langkah lebih jauh dan mula terbang ke United Kingdom (UK) dan Australia. Perkhidmatan penstriman televisyen Netflix di dua buah negara tersebut  mula menayangkan karya terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd ini kepada pelanggan sejak 7 April lalu. Kecil-kecil cili padi, nampak kecil tapi berbisa. Itulah Upin dan Ipin.

Menurut Karya Budi Mohd Aris iaitu Pengurus Pemasaran Antarabangsa, syarikat produksi Les’ Copaque Production Sdn Bhd, tawaran Netflix untuk menyiarkan siri animasi tempatan ini memberi satu justifikasi bahawa kisah si kembar ini merupakan satu karya yang bermutu. Hal ini juga membuktikan kualiti kandungan yang dikeluarkan dan ia menjadi penanda aras bahawa mereka sudahpun mencapai standard antarabangsa.

Hebat produksi animasi tempatan kita. Siapa kata Malaysia tidak boleh? Kisah Upin & Ipin merupakan bukti bahawa produk tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa. Ia diterima baik di mana-mana negara dan itu menandakan bahawa kandungannya bermutu sehingga mampu dibawa ke luar negara. Upin & Ipin yang dulunya menjadi satu fenomena di Malaysia kini mula dikenali si seluruh dunia.

Difahamkan, siri Upin & Ipin yang ditayangkan di Netflix UK dan Australia adalah siri yang bermula dari musim kelima sehingga kelapan selain musim 11 dan 12. Dalam perkembangan lain, Upin & Ipin yang mendapat sambutan luar biasa di Indonesia kini dalam proses menghasilkan musim ke-15.

Adik-adik kita, si Upin dan Ipin dah mula terbang ke rantau yang jauh, kita doakan mereka terus terbang lebih tinggi lagi.

Baca juga: Drama Nur Dan Nur 2 Kini Merentas Ke Indonesia

Sumber: Metro

Written by: Danisyah Dalily


Previous post