Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Tak ada masalah jika dia mahu dua atau tiga..”Mawar Rashid Izinkan Suami Asalkan Ada Kemampuan

today25 November 2020

Background

Baru-baru ini pelakon Mawar Rashid ada kongsikan satu posting di Instagram mengenai suaminya Raf Yaakob yang mengaku tidak pernah cukup dengan satu dan mahukan dua.

Mawar jelaskan suaminya memang gemar mengusik dan menjelaskan posting di Instagram tersebut hanya gurauan. Raf sebenarnya memasang impian untuk memiliki dua buah kereta berjenama mewah untuk kegunaan harian. Laa.. nak beli kereta rupanya..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

“Raf bukan nak isteri dua, dia berangan nak ada kereta lagi satu..”

“Selagi Raf mampu, tahu kewajiban dan sebagainya.. tak ada masalah jika dia mahu dua atau tiga kereta..”

Menurut Mawar, sebagai seorang isteri dia akan menyokong 100 peratus pasangannya selagi ia tidak melanggar ajaran Islam. Mawar sangat menghargai pengorbanan suami yang sentiasa memberikan kata-kata positif ketika dia hampir patah semangat kerana ujian dalam karier seni dan perniagaannya.

Pemenang Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH33 ini amat percaya bahawa sokongan dan penghargaan terhadap pasangan merupakan kunci kebahagian dalam sesebuah ikatan perkahwinan.

Mawar juga jelaskan dia tidak mengambil hati dengan komen netizen di media sosial kerana menganggap mereka hanya mahukan perhatian dan masih belum matang.

 

Baca juga:

Mula Dari Bawah, Mawar Rashid Kini Miliki Pejabat Sendiri

Mawar Rashid Kongsi Pengalaman Bawa Anak Tunai Umrah

 

 

 

Sumber: MStar

Written by: Adinna

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *