Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tak Pasal-Pasal Instafamous Jadi Banduan Sehari Gara-Gara Honeymoon

today20 April 2021

Background

Pasangan suami isteri instafamous dipenjara sehari dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana merentas negeri untuk berbulan madu di Johor pada bulan lepas. Mereka juga didapati bersalah memalsukan maklumat yang diberikan kepada pihak polis secara bertulis.

Sebelum ini telah tular gambar pasangan instafamous ini iaitu Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed dan Azharique Shah Abdul Jalil di media sosial di mana jelas mereka nampak seperti sedang berbulan madu di satu peranginan di Johor. Iram yang berusia 24 tahun juga dilihat memberikan tips kepada pengguna lain tentang cara merentas negeri tanpa ditahan oleh pihak polis.

Baca Juga: “Saya Akan Menjalani Rutin Berpantang Seperti Biasa Dan Fokus Kepada Bayi..” – Tokti Dihujani Doa Ramai Supaya Cepat Sembuh

Di dalam satu posting yang dikongsikan di Instagram story miliknya, Iram dengan angkuh menjawab soalan salah seorang netizen yang bertanyakan urusannya merentas negeri. Dia dengan selamba berkata dia merentas negeri atas sebab honeymoon. Katanya boleh sahaja ambil borang di balai polis dan netizen tak perlu jealous seperti ini adalah hal yang remeh.

Hari ini, pasangan instafamous ini akhirnya dijatuhkan hukuman oleh Majistret Wong Chai Sia. Mereka juga didapati bersalah memalsukan maklumat di mana mereka menggunakan alasan mempunyai urusan perniagaan semasa memohon permit pergerakan merentas negeri.

Rata-rata wargamaya mencadangkan bahawa mereka sepatutnya menerima hukuman yang lebih berat. Menjadi banduan sehari tidak cukup untuk meberikan pengajaran buat mereka. Namun, ada juga yang berkata title banduan itu walaupun sehari akan kekal dibawa jadi ia merupakan satu hukuman yang berat dan setimpal dengan perlakuan mereka.

Wargamaya berpuas hati kerana akhirnya ada tindakan yang dibuat oleh pihak yang mengamalkan undang-undang. Jadi diperingati sekali lagi, patuhilah SOP dan janganlah kemana-mana jika tiada urusan yang penting.

Baca juga: “Tak Mustahil Cium Kaki She Can Play Dirtier Characters, Pelakon Baru Could Never..” – Lakonan Ellie Suriati Dibahas Wargamaya

Sumber: Metro

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

fifa-hq

Sukan

Kuala Lumpur City FC Bakal Diheret Ke FIFA

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Pengendali dari Chile, Simon Elissetche bakal mengheret Kelab Bola Sepak Kuala Lumpur City (KL City FC) dan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana isu penamatan kontrak sebelah pihak. Sebelum ini, Simon menuntut KL City membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta ekoran sebagai pampasan kerana penamatan kontrak tanpa alasan munasabah serta fitnah ke […]

today20 April 2021