Tak Pasal-Pasal Instafamous Jadi Banduan Sehari Gara-Gara Honeymoon
Pasangan suami isteri instafamous dipenjara sehari dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana merentas negeri untuk berbulan madu di Johor pada bulan lepas. Mereka juga didapati bersalah memalsukan maklumat yang diberikan kepada pihak polis secara bertulis.