Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tak Sampai Sebulan, IG Anak Kedua Awal Ashaari Cecah 100k Pengikut!

today24 March 2021

Background

Siapa tak kenal dengan pasangan serasi, Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Kehidupan mereka kini diwarnai dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata perempuan, Lyla Amina Ahmad yang kini sudah pun berusia sebulan.

Seperti rakan artis yang lain,  mereka akan cipta akaun Instagram persendirian untuk anak mereka sejak dari kecil lagi. Begitulah Awal dan Scha, 10 Mac lalu dia telah mencipta akaun dan menceritakan perjalanan isterinya ketika mengandungkan Lyla sehinggalah kini sudah pun selamat melihat dunia.

May be an image of 1 person

Apa yang menjadi perhatian apabila tidak sampai sebulan, akaun Lyla Amina diserbu 100 ribu pengikut! Memang ramai berminat nak tahu perkembangan anak Awal dan Scha.

No photo description available.

Dalam pada masa yang sama juga, anak Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim, Isaac Raees juga meraih 100k pengikut baru-baru ini. Fuh! Anak artis meletup-letup.

No photo description available.

Kecil-kecil lagi dah terkenal. Kami pengguna media sosial lebih dari setahun pun belum tentu boleh dapat pengikut sebanyak tu. Apa pun, semoga anak Awal dan Scha, membesar jadi anak solehah.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Manisnya! Lyla Amina Pilihan Scha Alyahya Dan Awal Ashaari

“Didakwa Telah Merosakkan Imej, Jenama & Reputasi Syarikat Hiasan Dalaman” – Awal Ashaari Disaman RM3 Juta

 

 

 

 

Sumber: instagram

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Perbualan Rancak Geng Mak Cik Ini Dalam Kereta Terbantut Bila Si Kelisa Cari Nahas. Lawak!

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 36 saat yang dimuat naik oleh Zuliskandariah Khalid di laman Facebook miliknya, kelihatan semasa itu dia dan beberapa orang kawannya berada di dalam kereta menuju ke sebuah destinasi.Mereka sedang rancak bersembang tentang majlis kahwin salah seorang ahli keluarga mereka. Namun perbualan itu terbantut apabila sebuah Perodua Kelisa secara tiba-tiba memotong masuk ke jalan mereka tanpa memberikan signal.Malah, Kelisa itu bertindak melanggar Proton Wira... Klik untuk […]

today24 March 2021