Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda berdepan dengan situasi yang menyeramkan? Seperti ternampak kelibat mencurigakan, atau terdengar suara tangisan kanak-kanak pada waktu tengah malam. Bayangkan situasi tu pun dah buat bulu roma meremang. Bagaimanapun, situasi seram seperti itu berjaya dirakam boleh influencer media sosial, Azfar Heri semasa dia sedang shoot video.
Video yang dikongsikan di Instagram itu memaparkan dirinya melalui detik cemas apabila secara tiba-tiba terdengar satu suara jeritan seperti mengilai. Tidak tahu apa puncanya, suara jeritan itu jelas kedengaran dari bilik Azfar sehingga membuatkan dia tertanya-tanya jeritan siapakah itu dan apa yang menyebabkan orang itu menjerit.
View this post on Instagram
Baca juga: Daiyan Trisha Luah Rasa Tidak Senang Berkurung Di Rumah, Netizen Turut Rasa Hal Yang Sama
“Bayangkan time kau tengah shoot video tiba-tiba ada bunyi orang menjerit macam mengilai. Sudahlah waktu Maghrib. Terkejut aku,” tulis Azfar menjelaskan situasinya.
Mungkin kalau pada waktu siang ianya tidak begitu menyeramkan, namun kata Azfar ia berlaku ketika waktu Maghrib. Bagaimanapun, suasana yang menyeramkan tadi bertukar menjadi lucu apabila Azfar berbalas jeritan.

Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, nampaknya rata-rata wargamaya tidak merasakan video yang dikongsikan Azfar itu seram tetapi sebaliknya. Lucu dengan telatah Azfar yang kelihatan bingung dengan suara jeritan itu yang dalam masa yang sama turut membalas jeritan itu. Daripada seram, terus jadi kelakar.
Baca juga: Hadiahkan Adik iPhone Sebab Dapat Keputusan SPM Cemerlang, Ramai Yang Nak Jadi Adik Azfar Heri