Kes jangkitan Covid-19 yang semakin sehari semakin meningkat di negara ini betul-betul membimbangkan ramai. Mana taknya, baru-baru ini kes positif hampir ingin mencecah 7 ribu orang dalam sehari. Angka ini lagi sedikit ingin menginjak ke 5-digit sehingga ada yang takut dan trauma dengan keadaan sekeliling terutama yang pernah dijangkiti virus berbahaya ini.
Baca juga: Iman Troye Tutup Akaun Twitter Selepas Dikecam Persenda Kes Covid-19
Salah seorang artis yang pernah disahkan positif Covid-19 dan kini bebas daripadanya selepas 2 minggu dikuarantin iaitu Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil kerap berkongsi kepada umum bahawa dia trauma dengan kejadian yang menimpa. Malah, Abil pernah berkata bahawa dia tidak akan keluar rumah kerana tidak yakin dengan siapa dia akan berjumpa. Cukuplah sekali menjadi mangsa kecuaian orang lain.
Hari ini, Abil bercerita di Instagram story bahawa dia terpaksa juga keluar membeli barangan dapur selepas sudah lama mengurungkan diri di rumah. Masih dalam keadaan trauma, Abil dilihat lengkap memakai pelitup muka (face mask) dan pelindung muka (face shield) yang bewarna hitam. Bila tengok sekali memang tak perasan itu Abil.

Abil akui dia tidak percaya dengan kenyataan dimana orang yang pernah dijangkiti dengan virus ini tidak akan dijangkiti lagi sekali. Bagi Abil walaupun pernah dijangkiti tidak mustahil untuk dia dijangkiti sekali lagi. Berpegang kepada kemungkinan itu, Abil kini lebih berhati-hati terutama apabila terpaksa keluar atas urusan penting.
Abil turut meminta supaya orang ramai tidak mengambil ringan atau “underestimate” virus membunuh ini. Ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda. Pesan Abil sentiasalah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan apa yang termampu.
Sentiasa pakai penutup muka jika anda berada di luar dan cuci tangan anda dengan kerap. Anda boleh juga menggunakan hand sanitizer dan keraplah sanitize barangan anda terutama yang selalu terdedah dan kerap disentuh. Selain itu, kekal duduk di rumah dan jika anda mempunyai urusan pastikan anda selesaikannya secepat mungkin. Kita sama-samalah berdoa agar pandemik ini segera berlalu.
Baca juga: Nad Zainal Risau Cabaran Lebih Hebat Di Masa Hadapan, Doa Anak Kuat Hadapi Liku Kehidupan
Sumber: Nabila Huda