Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] Bekas Banduan Ditangkap Mencuri, Penghuni MAEPS Rasa Tak Selamat

today11 February 2021

Background

Kes kecurian ni memang biasa berlaku di mana sahaja. Punca mencuri pula biasanya adalah untuk mendapatkan duit hasil jual barang yang dicuri. Kalau dah curi tu, si pencuri pun akan melarikan diri jauh-jauhlah dari tempat dia mencuri barang untuk elak ditangkap. Tapi jangan sangka kalau di tempat yang ramai orang dan diawasi pihak berkuasa tak akan berlaku kes kecurian. 

Terbaharu, pusat kuarantin di MAEPS, Serdang ini dikejutkan dengan kes kehilangan telefon bimbit. Sudahlah dikuarantin di situ, boleh pula ada yang buat kerja jahat tu. Menerusi video yang dikongsikan pengguna Tik Tok @ayekefli itu, memaparkan dalang disebalik kes kehilangan telefon bimbit penghuni MAEPS berjaya diberkas pihak polis. Bukan seorang, tapi dua suspek dipercayai menjalankan aktiviti terkutuk itu.

@ayiekefliPatut la ramai orang hilang hp , Naseb jumpe pencuri dia . Mantap PDRM datang awal . ##fyp ##maepsserdang ##fy♬ Oh No – Kreepa

Dalam video yang dikongsikan itu menunjukkan suasana yang sedikit tegang dengan kehadiran Polis yang lengkap dengan sut pakaian pelindung diri (PPE). Hasil siasatan polis, akhirnya dua suspek itu berjaya ditangkap. Kedua-dua suspek kemudian diusung keluar dari tempat kuarantin itu untuk siasatan dan tindakan lanjut. Dalam pada itu, penghuni lain yang menyaksikan tangkapan tersebut bersorak kegemberiaan melihat suspek berjaya diberkas. Memang kecoh suasana di situ!

@ayiekefliSyabass ! Masuk lokapp ye . ???? ##fyp ##fy ##maepsserdang♬ bunyi asal – Ayie Kefli

Sementara itu, terdapat @ayekefli turut menyatakan bahawa suspek tersebut merupakan bekas banduan yang baru sahaja keluar dari lokap. Dah keluar lokap pun masih tak insaf. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan penghuni di situ risau dengan keselamatan barang-barang berharga mereka seperti telefon bimbit dan sebagainnya.

“Abang polis nampak ganas, tapi comel dengan pakaian PPE tu. Semoga frontliners sentiasa dilindungi hendaknya,” tulis salah seorang warganet di ruangan komen. 

Dalam masa yang sama, ada juga warganet yang bergurau mengatakan polis yang lengkap memakai PPE itu kelihatan comel. Begitulah tugas yang dipikul oleh pihak berkuasa tidak kira dalam apa situasi pun, tetap bersedia. Apa-apa pun, semoga tiada lagi kejadian seperti ini di mana-mana pusat kuarantin pun.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Maut Dibelasah & Ditampar Berkali-kali Selepas Tegur Suami Berduet Di Tik Tok Dengan Madunya

“Tak Kerja, Tak Ada Gaji” – Fauziah Nawi Ke Istana Negara Suarakan Keperitan Anak Seni Harungi PKP

 

 

 

 

Sumber daripada: TikTok

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Ching Hong Aik

Sukan

Anak Melaka Yang Lakar Kegemilangan Bersama Negeri Sembilan

Ching Hong Aik merupakan antara pemain berbangsa Cina yang pernah mewarnai kancah bola sepak tempatan dan namanya cukup sinonim dengan pasukan Negeri Sembilan. Meskipun beliau merupakan anak kelahiran Bukit Baru, Melaka tetapi cintanya terhadap Negeri Sembilan, pasukan yang disertai sejak tahun 1996 itu memang tiada tolok bandingnya. Selepas lima tahun bersama pasukan pertama diwakili sejak meninggalkan Melaka, Ching Hong Aik mengambil keputusan untuk berkelana ke Sarawak tetapi ia hanya... Klik […]

today11 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *