Ada antara anda salah seorang konsultan untuk kain tular ini? Mungkin menjadi seorang konsultan boleh bantu keluarga buat poket tepi, tapi yang mengejutkan ramai rupanya pembeli dan pengguna kain tersebut sehinggakan sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk kain pengelap atau bahasa pasarnya kain buruk.
Sebenarnya kain buruk kayangan ini sudah wujud berdekad lamanya dan ia dicipta secara kebetulan oleh seorang lelaki berasal dari Norway bernama Bjorn Nicolaisen. Bjorn yang merupakan seorang bekas peguam dan hakim di Norway telah menemui kain tersebut pada tahun 1994 yang dijual oleh seorang penjual jalanan.
Melihat kain tersebut mampu membersih hanya menggunakan air tanpa menggunakan bahan kimia, Bjorn terus membuka sebuah syarikat kain mikrofiber tersebut. Bermula dengan hanya dalam satu warna iaitu warna merah, ia telah dipasarkan dengan melantik konsultan untuk meyakinkan orang tentang keberkesanan kain tersebut.
Debbie Boltan seorang lulusan pemasaran telah membanti Bjorn memasarkan produknya ke pasaran luar. Debbie membuka Norwex Enviro Products pada 1999 sebagai pengedar memasarkan produk mereka ke pasaran luar dengan jenama baru iaitu Norwex (singkatan Norway Experience)
Kenapa Kain Buruk Kayangan Mahal?
Produk ini menggunakan teknologi BacLock atau ‘Bacteria Lock’. BacLock mempunyai sebatian partikel perak halus bersaiz mikro di seluruh permukaan kain yang bertujuan untuk membunuh kuman apabila kain tersebut dijemur. Patutlah kain ini berharga mahal, ada perak rupanya.
Jika dilihat ramai pengguna kain buruk kayangan ini berpuas hati dengan pembelian mereka. Ia dikatakan boleh digunakan dan mampu bertahan selama lebih satu dekad. Jika anda menggunakan kain buruk kayangan ini, ada tidak perlu membeli sabun atau penyembur extra sebab kain ini hanya memerlukan air sahaja untuk membersih.
Namun, sejauh manakah keberkesanan produk ini dalam membunuh bakteria jikalau hanya air dan kain yang digunakan? Umum mengetahui, tidak semudah itu untuk membunuh bakteria jahat lagi-lagi zaman sekarang ni, di mana zaman pandemik menular sehingga mampu membunuh. Adakah anda yakin dengan menggunakan air dan kain, bakteria mampu dihilangkan daripada permukaan rumah anda?
Jadi, pesanan kami sebelum membeli, lakukan research anda terlebih dahulu dan kaji sejauh mana kebenaran fakta yang diberikan berkaitan sesuatu produk.
Produk ini mula masuk ke pasaran Malaysia secara rasmi pada tahun 2019. Agak-agaknya anda teringin nak beli dan cuba kain buruk kayangan ini tak? Apa pun, berbelanjalah dengan bijak mengikut kemampuan masing-masing.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Lelaki maki hamun, tumbuk bapa hanya sebab kain buruk
7 Barangan Pelik Dan Tidak Masuk Akal Yang Boleh Dibeli Secara Online
Sumber: Iluminasi
Post comments (0)