Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

4 Billion Individu Dijangka Gemuk Menjelang Tahun 2050

today20 November 2020

Background

Mungkin sukar untuk diterima, namun itulah hakikat apabila lebih empat bilion individu berpotensi memiliki berat badan berlebihan pada 2050.

Lebih teruk lagi dianggarkan 1.5 bilion daripadanya berdepan masalah obesiti sekiranya trend diet semasa global yang menggalakkan makanan diproses berterusan.

Obesity: Symptoms, Causes, Risk Factors, Treatment, Etc.

Perkara itu didedahkan hasil kajian dibuat dari Pakar dari Potsdam Institute for Climate Impact Research (PIK).

Menurut kajian itu, jumlah permintaan makanan global mungkin meningkat sehingga 50 peratus menjelang pertengahan abad dan ia melebihi kapasiti Bumi untuk mengekalkan alam semula jadi.

Penyelidik juga mendapat terdapat kemungkinan untuk menyaksikan lebih dari empat bilion individu, atau 45 peratus penduduk dunia, memiliki berat badan berlebihan pada tahun 2050.

“Kajian itu meramalkan bahawa 16 peratus akan mencapai obesiti, berbanding sembilan peratus pada masa ini.

“Peningkatan pembaziran makanan dan penggunaan protein haiwan bermaksud bahawa kesan persekitaran sistem pertanian kita akan menjadi tidak terkawal,” kata seorang daripada penyelidik.

Jelas penyelidik itu lagi, walaupun kecenderungan berbeza antara satu kawasan, dia berpendapat bahawa tabiat makan global akan beralih daripada diet berasaskan tumbuhan dan kanji ke arah makanan tinggi gula, lemak, dan makanan sumber haiwan, serta produk makanan diproses.

Apapun, marilah kita sama-sama mencegah daripada perkara ini berlaku.

 

 

Baca juga:

Elak terjebak obesiti demi kesihatan diri

Trend obesiti di Malaysia ‘menggerunkan’

 

 

 

 

 

Sumber: HMetro

Written by: Adinna


Previous post

fel ukm-01-01

Sukan

Rayuan UKM FC Dan Felda United Ditolak, Tidak Dibenarkan Beraksi Dalam Liga Malaysia 2021

Bulan lepas, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Felda United dan UKM FC telah gagal dalam penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat berikutan kedudukan kewangan pelabur baharu untuk menampung kos pengendalian kedua-dua pasukan ini bagi saingan musim depan didapati tidak cukup kukuh. Malah, rayuan yang dikemukakan oleh Felda United dan UKM FC berhubung status pasukan untuk musim depan telah ditolak oleh FAM setelah mendapati dokumentasi dan kedudukan kewangan mereka tidak... Klik […]

today20 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *