Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

4 Perkara Untuk Elak Diri Dari Dibuli!

today9 March 2021

Background

Kes buli bukan perkara enteng dan memandangkan sekolah kini sudah dibuka jadi, kemungkinan besar boleh timbul isu buli di sekolah. Sebelum terjadi, perkara ini harus dibincangkan untuk membuka mata ramai.

Lagipun kes buli bukan saja boleh terjadi dalam kalangan pelajar sekolah tapi boleh berlaku zaman pekerjaan juga. Kalau kita sendiri tidak cuba ‘melawan’, siapa lagi yang nak bertindak?

 

via GIPHY

Jadi Koolfm ingin membincangkan isu ini dimana mungkin dapat membantu segelintir individu di luar sana untuk tidak kena buli tak kira la sama ada ketika di sekolah mahupun di tempat kerja.

  1. Berkeyakinan diri kerana pembuli suka membuli individu yang lemah dan tidak akan melawan. Ingat, pembuli hanya akan mengulangi membuli jika mereka fikir boleh meneruskan kegiatannya.
  2. Bina kekuatan diri. Jangan tunjukkan reaksi perasaan anda kepada pembuli.
  3. Cuba abaikan pembuli dan jika anda tak boleh mengabaikan mereka, cuba untuk bersetuju dengan mereka. Bukan apa, pembuli tidak akan mendapat kepuasan jika anda bersetuju dengan mereka.
  4. Percaya kepada diri sendiri bahawa anda bukan golongan yang lemah cuma mereka tersalah orang nak ‘usik’.

via GIPHY

Ingat! Apa yang berlaku bukan salah anda dan tiada siapa patut dibuli. Anggaplah kata-kata yang pembuli lemparkan hanyalah sebagai gurauan yang tidak matang.

Jangan diamkan diri. Bangun dan bertindaklah segera!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gelagat Murid Tadika Minta Cikgu Check Kerja Sekolah Ini Curi Perhatian Warganet. Comel!

[Video] Bapa Kecewa Kantin Sekolah Anak Jual Mi Segera Kosong Rm1.50

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Antivaksin Dinasihatkan Berhenti ‘Menghasut’ Jika Tidak Boleh Dipenjara & Didenda RM50,000

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali di bawah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Bukan itu sahaja, kes berita palsu juga boleh disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.Barang siapa membuat, menerbit atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today9 March 2021