Tahun lepas ramai yang seakan ‘demam’ permainan gasing moden iaitu Beyblade sehingga tular sebuah video pendek menunjukkan sekumpulan kanak-kanak bermain Beyblade dalam kuali milik ibu mereka.
Tapi, tahun ini lain pula timbul isu apabila seorang kanak-kanak membuat penerangan ringkas tentang sejarah kewujudan permainan Beyblade pada era moden ini.
Apa yang menjadi perhatian netizen adalah cara kanak lelaki tersebut menerangkan dan bercakap di hadapan kamera sangat lancar serta bersahaja sehingga mendapat pujian ramai.
Cari kuali ibumu dan ayuh bertarung!https://t.co/MaDC7Cz7Py pic.twitter.com/uZOSeMTMTr
— ML Studios (@mlstudiosmy) December 9, 2020
Ada yang memuji kelancaran dan kepetahan adik ini walaupun diri mereka sering membuat video di saluran YouTube.
Malah, ada juga yang mengatakan diri mereka terleka menonton video ini sehingga habis kerana kehebatan adik ini bercakap.



Harap adik ini berjaya di masa hadapan dengan kepetahan dan ilmu yang ditimba.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Maria Tengku Sabri Jadikan Bahan Mainan Kematian Anggota PGA?
Suntingan Video Selebriti Malaysia Main Permainan ‘Among Us’ Ini Bikin Dekah. Lawak Habis!
Sumber: twitter
Post comments (0)