Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Akibat Kerap Dibuli, Lelaki Ini Pilih Untuk Hidup Dalam Hutan

today21 December 2020

Background

Seorang remaja lelaki, Zanziman Ellie atau dikenali sebagai “Mowgli dunia nyata” yang hidup di hutan akibat dibuli oleh penduduk setempat. Remaja tersebut dianggap “keajaiban” oleh ibunya setelah kehilangan lima orang anaknya tatkala penampilannya dipandang pelik oleh masyarakat sekeliling.

Menerusi video, dapat menggambarkan perasaan pasangan suami isteri yang sedih dengan kehilangan lima orang anak mereka sehingga mereka memohon kepada Tuhan untuk dikurniakan seorang anak. Bahkan, pasangan tersebut tidak kisah fizikal anak selagi anak itu tidak meninggal.

Sembilan bulan kemudian, lahirlah seorang bayi yang diberi nama Zanziman Ellie tetapi bayi tersebut menderita microcephaly. Microcephaly adalah keadaan yang mempengaruhi ukuran kepala seseorang individu semasa dilahirkan.

Disebabkan itu, Zanziman Ellie sanggup berjalan 20 batu setiap hari demi mengelakkan dirinya menjadi mangsa buli oleh penduduk setempat. Bukan itu sahaja, remaja tersebut mempunyai potensi berlari dengan laju dan mahir memanjat pokok.

Selain itu, dirinya yang tidak bersekolah hanya meluangkan masa dengan menggembara ke dalam hutan. Menurut laporan, dirinya juga pernah menjelajahi hutan sehingga 230 km bahkan hanya makan rumput sepanjang berada di dalam hutan tersebut.

Ibunya turut menjelaskan bahawa anaknya itu tidak boleh bercakap seperti manusia normal, tetapi anaknya itu boleh memahami segala apa yang dikatakan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

 

 

Sumber: The Sun

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Ikan terlepas, penternak rugi hampir setengah juta

Kuala Krai: Penternak ikan kerugian lebih RM400,000 apabila ikan keli dan patin yang diternak terlepas, susulan kolam ditenggelami banjir. Mohd Sharif Che Hak, 62, berkata, tiga daripada lima kolam yang menempatkan 80,000 ikan berkenaan, tenggelam selepas hujan lebat pada Jumaat lalu. Katanya, kejadian bermula 4.30 petang dan dalam tempoh sejam air naik mendadak sehingga empat meter, menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa. "Ketika itu, saya berada di atas wakaf yang […]

today21 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *