Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Bakteria Boleh Lekat Pada Telefon, Ini Cara Efektif Cuci Aksesori

today9 November 2020

Background

Kalau sebelum ni kita selalu beri kesedaran kepada orang ramai apa tindakan yang perlu diambil sejurus pulang membeli barang seperti terus mandi, buang face mask dengan cara yang betul dan sebagainya.

Kali ini kesedaran yang akan kami sampaikan mungkin akan buat anda tersentak iaitu cara cuci barangan aksesori. Hakikatnya, tak semudah ABC kerana memerlukan kerjasama ramai orang.

Tapi, kalau kita sama-sama buat dan praktikkan sepanjang penularan wabak berbahaya COVID-19 ni, rasanya tak menjadi masalah.

via GIPHY

Bakteria ada di mana-mana!

Cuba bayangkan sewaktu berada di pasar raya, anda pegang barang belian, troli, bakul dan dengan tak sanitize tangan anda terus pegang kunci kereta dan telefon. Agak-agak bakteria melekat tak dekat aksesori tu?

Of course melekat, jangan kata tak melekat sebab bakteria ada di mana-mana dan kita tak mampu melihat dengan mata kasar. Jadi, sia-sia lah usaha anda cuci barangan belian dan pakai mask sedangkan telefon, kunci, bag, cermin mata masih ada bakteria.

via GIPHY

Cara cuci aksesori…

Apa yang perlu kita lakukan adalah cuci aksesori kita tapi bukan bermaksud kena cuci guna air. Habislah rosak telefon. Berikut adalah penerangan ringkas dari Prof Ivan Hung dari HKU Fakulti Medikal.

  1. Tas tangan, cuci menggunakan tisu basah.
  2. Cermin mata, cuci menggunakan air dan sabun.
  3. Telefon, cuci menggunakan tisu dan hand sanitizer.

Nampak mudah ye tapi kami yakin, jika tak selalu buat confirm ada yang lupa. Jadikan ini sebagai amalan agar kita terhindar daripada virus membunuh.

Cuma nak lebih mudah, apa-apa barang yang dibawa keluar, harus dilap menggunakan tisu basah dan hand sanitizer okay?

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tip Pemilihan Kabel Pengecas Telefon Dengan Betul

Putuskan Rantaian Covid-19, Ini 5 Kelebihan MyTrace

 

 

 

 

 

 

Sumber: unsplash, profivanhung

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

maxresdefault

Sukan

Acara Bola Sepak SUKMA Ditangguhkan Ke Tahun 2022

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 sekali lagi terpaksa ditangguhkan ke tahun 2022 susulan peningkatan kes COVID-19 di negara. Bagaimanapun, Johor tetap diberikan hak penganjuran untuk edisi 2022 kerana negeri itu hampir 99 peratus bersedia dari segi perancangan, pengurusan, teknikal dan kemudahan pertandingan. “Antara sebab-sebab lain dalam membuat keputusan ini ialah kesukaran menyediakan jaminan keselamatan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today9 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *