Perbelanjaan dalam kehidup seharian berbeza-beza. Ada yang gaji 10k tetapi komitmennya tinggi tetap tidak cukup.. Sebagai pelajar universiti, kita mengetahui nilai RM5 apabila kita membayar untuk makan tengahari. Apabila kita memulakan zaman pekerjaan, kita terasa lelahnya membayar RM100 untuk parkir bulanan. Sebagai ibu atau bapa yang baru, dengan mudahnya kita mengeluarkan RM500 untuk membeli tempat duduk bayi di dalam kereta demi keselamatan anak. Dengan jumlah tanggungjawab dan komitmen yang bertambah selari dengan usia yang makin meningkat, selera dan keperluan kita untuk wang juga bertambah. Tetapi adakah pengetahuan dan pengurusan kewangan kita juga kian meningkat?
Sesi Kool Talk bersama AG dan Muaz bersama-sama seorang penulis dan Penasihat Kewangan, Abdur Rahman Bin Ismail telah bincangkan isu kewangan stabil. Terpakan istilah dalam diri, ukur baju di badan sendiri. Janganlah kita melihat orang yang berada di atas namun sebaliknya lihatlah orang yang dibawah sentiasa bersyukur apa yang mereka ada.
Rahman telah melakukan bebenangan di Twitter akaun miliknya tentang kewangan stabil. Dia meminta pendapat dari orang ramai apakah maksud kewangan stabil kepada mereka. Pelbagai jawapan telah diterima dan antaranya ialah ada yang menyatakan bebas hutang diri dan ibu bapa, tidak hidup kais sebulan makan sebulan dan ada juga yang menyatakan ada simpanan kecemasan 6 bulan.
Apa definisi ‘financially stable’ pada anda? Rasa² berapa ‘monthly income’ yang anda perlukan untuk financially stable?
— Abdur Rahman Al Amin Bin Ismail (@RahmanIsmail_) December 20, 2020
Secara dasarnya, perkara ini adalah mengikut kehidupan orang masing-masing. Ada orang rendah komitmen, hidupnya tidaklah banyak belanja. Disebabkan zaman kini semua orang mahukan jadi yang pertama sehingga sanggup berhutang untuk nampak diri lebih hebat dari orang lain, hidup mereka lebih sengsara dari segi kewangan. Rahman ada berkongsi beberapa cara nak tahu adakah kewangan kita stabil dan apa yang perlu kita lakukan untuk stabilkan ia.
Macam mana nak tahu kewangan kita sudah stabil?
- Boleh buat simpanan 10%
- Bebas hutang -ve
- Bebas masalah kewangan
Sebelum selesaikan masalah kewangan, kita perlulah:
- Perlu ada matlamat kewangan
- perlu senarai apa yang perlu dan tidak
- Aliran tahu hutang positif dan negatif
- Buat simpanan kecemasan
Pokoknya, untung mempunyai kewangan yang stabil, kita perlulah bebas dari hutang. Cara untuk selesaikan hutang pula ialah jangan tambah hutang. Kita perlu potong apa yang tidak perlu dan cari jalan tambah pendapatan. Janganlah malu untuk lakukan kerja sampingan kerana ia adalah bagus untuk masa depan diri dan keluarga. Apapun, janganlah kita berbelanja tanpa berfikir terlebih dahulu. Ingat ya, kita ada keluarga yang perlu kita sara. Bersamalah kita bijak mengendalikan kewangan kita.
Baca juga:
‘Gunakan i-Sinar Jika Terdesak Sahaja’ – Semak Semula Tabiat Kewangan Anda Dan Elak Berbelanja Boros
5 Kakitangan Kementerian Kewangan Mengaku Terima Rasuah
Post comments (0)