Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Dulu Penghidap Kanser Germ Cell Tumor’, Kini Adik Ainul Kini Sudah Laju Berjalan

today19 November 2020

Background

Masih ingat lagi tak seorang kanak-kanak malang 2 tahun lepas yang menghidapi kanser germ cell tumor, Ainul Mardhiah?

Penyakitnya ini sehinggakan berjaya menarik perhatian salah seorang doktor perubatan, Dr. Amalina untuk merawatnya di Hospital London bersama doktor pakar yang lain.

Sumber: cariangoogle

Kini, selepas lebih kurang 2 tahun pembedahan membuang kanser tersebut berjaya, adik Ainul semakin menunjukkan perubahan positif antaranya sudah pandai berjalan!

Berita gembira ini dikongsikan oleh ibu kepada adik Ainul, Nurul Erwani menerusi sebuah video pendek yang menunjukkan anaknya sedang berjalan-jalan di kawasan beranda rumah.

“Ainul sekarang dah pandai kemas rumah tolong mama sejak-sejak dah laju berjalan ni,”

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Dalam masa yang sama, pengikut Nurul Erwani rata-rata tumpang gembira melihat keletah adik Ainul yang sudah mula ‘test kaki baru’.

Maklumlah, baru dapat kaki memang semua tempat nak jejak. Semoga adik Ainul membesar seperti kanak-kanak biasa dan menjadi anak yang solehah.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Ainul Bambam” -Dr.Amalina Luah Rasa Rindu Terhadap Bayi Yang Dirawat

Ainul Mardiah Dah Tumbuh Gigi Pertama

 

 

 

 

Sumber: instagram

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Nasib anak-anak zaman Covid-19 – Kosmo Digital

PELAKSANAAN semula Perin­tah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuat kuasa sehingga 6 Disember ini membawa cabaran baharu kepada rakyat negara ini. Bukan setakat individu dewasa, golongan kanak-kanak turut terkesan dengan kehidupan norma baharu ini. Belum puas bebas bermain di luar bersama rakan, mereka kini sekali lagi terpaksa berkurung di dalam rumah dek peningkatan kes positif harian di seluruh negara. Sesi pembelajaran mereka turut terganggu akibat penutupan semula... Klik untuk baca […]

today19 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *