Heart to heart adalah sesi meluahkan perasaan bersama orang yang paling dipercayai. Boleh jadi mak, sahabat, pasangan atau adik-beradik dan tak kira lelaki atau perempuan mereka pasti ada seorang teman yang akan menjadi orang kepercayaannya untuk meluahkan isi hati mereka.
Sesi luahan perasaan ni tak semestinya membincangkan soal perasaan cinta dan kasih antara dua insan je. Boleh jadi luahan perasaan tentang mak mertua, ipar duai, majikan, zuriat, rakan serumah, mulut makcik bawang dan banyak lagilah yang berkait rapat dengan rasa ingin meluahkan perasaan pada seseorang.
Apa pun, sebagai pendengar setia dan baik, anda perlu memberi respon yang memberasangkan supaya si pengadu berasa lega, selesa dan bermotivasi selepas kongsi segalanya. Macam mana nak memastikan respon yang betul? Ha, jom lihat senarai ayat yang kami cadangkan.
- “Apa pun, aku bangga dengan kau sebab aku yakin kau mampu hadap ujian ni”
- “Aku tak tahu nak cakap apa tapi kalau kau ada benda nak aku tolong, aku sentiasa ada untuk kau”
- “Aku pun dapat rasa sedih tu. Aku faham keadaan kau sekarang ni,”
- “Jangan risau, kau ada aku. Aku sayang kau”
- “Aku tahu kau kuat. Jangan risau, aku sentiasa ada untuk kau”
- “Tak apa, lepas kau berjaya hadap ujian ni, fasa seterusnya kau mesti anggap benda ni apa lah sangat. Chill!”
Jika anda gagal memberi respon yang tepat atau erti kata lain gagal menjadi pendengar yang baik, kemungkinan besar orang yang bercerita tu akan mengalami masalah lain pula.
Misalnya kemurungan, rasa tak disayangi atau dihargai dan apa yang lebih parah lagi mereka rasa ingin bunuh diri kerana merasakan tiada siapa mempedulikan dirinya.
Kalau boleh, elakkan dari benda tu berlaku, jadilah pendengar setia yang baik ye?
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Saya terkejut dan sedih” – Apa salah saya pada orang? Nourul Depp Terima Mesej Santau
Pendapatan RM2,208 Kini Dikira Miskin. Masih Mampukah Memiliki iPhone 12 Dan PS5?
Sumber: cariangoogle
Post comments (0)