Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Jangan Salah Faham, Kemurungan & Kerisauan Dua Perkara Berbeza

today25 October 2020

Background

Kalau cari isu bunuh diri di internet akibat kemurungan, hasil carian pasti menunjukkan beribu kes terjadi di seluruh dunia. Laporan dari epidemiologi menunjukkan di Malaysia, kadar penyakit ini adalah sebanyak dua peratus dalam kalangan masyarakat.

Malah, jika kita lihat kes di luar negara terutama Korea Selatan ramai rakan artis mereka dikatakan bunuh diri gara-gara menghidapi penyakit murung kerana sering mendapat kecaman dari netizen dan sudah kurang popular.

via GIPHY

Simptom kerisauan lain pula…

Tapi anda perlu tahu juga perbezaan antara kerisauan dan kemurungan. Kerisauan terjadi apabila timbul satu masalah dalam hidup seseorang sehinggakan dia merasakan tiada jalan keluar padahal jika dia betenang dan berfikir secara rasional, pasti ada jalan penyelesaian.

Manakala, kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang merasa sedih yang berpanjangan, keletihan, ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

via GIPHY

Perbezaan kemurungan dan kerisauan…

Jom kita lihat perkongsian dari Public Health Malaysia menerusi laman akaun Facebook tentang perbezaan kemurungan dan kerisauan dengan lebih teliti.

Mana tahu, dari sini anda dapat kenal pasti anda dalam kumpulan yang mana satu.

Untuk pengetahuan anda kemurungan boleh berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu dan penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa.

Manakala, kerisauan pula berlaku pada sesetengah masa saja apabila timbul satu masalah dan jika terlalu terbawa-bawa, kemurungan akan menyerang.

Mungkin penyakit kemurungan tidak nampak secara zahir tapi bila sudah menjenguk diri kita memang susah untuk keluar tanpa nasihat doktor dan pakar kaunseling.

Tapi, apa yang penting teruskan berada dalam kelompok positif. Team Kool FM doakan mereka yang menghidapi penyakit mental ini dapat keluarkan diri mereka dari kotak hitam yang menyelubungi mereka.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Selain Kurangkan Kemurungan, Ini 4 Khasiat Pisang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Apa Nak Buat Bila Rasa ‘Down’ Lepas Tengok Bentuk Badan Sendiri?

 

 

 

 

 

Sumber: publichealthmalaysia

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Kean, Mbappe bantu PSG teraju Ligue 1

Paris: Moise Kean dan Kylian Mbappe kedua-duanya meledak dua gol ketika Paris Saint-Germain menewaskan Dijon 4-0 untuk melonjak kedudukan teratas Ligue 1, sementara perlawanan antara Lens dan Nantes ditangguhkan selepas 11 anggota pasukan tuan rumah diuji positif Covid-19. Kean tampil dalam kesebelasan utama di Parc des Princes dan menjaringkan gol awal permainan, gol pertamanya sejak menyertai PSG secara pinjaman dari Everton. Mbappe yang kemudian menggantikan pemain antarabangsa Itali... Klik untuk […]

today25 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *