Selama ini, ada orang main hentam je potong bawang terutama sekali bawang putih. Anda pernah tertanya-tanya apakah fungsi-fungsi untuk setiap potongan bahan masakan di dapur? Baru-baru ini ada seorang guru Bahasa Inggeris berkongsi jenis-jenis memotong bawang bersama dengan fungsinya sekali. Ia sangat berinformasi! Selepas ini, senanglah untuk kita tetapkan cara memotong bagi sesuatu masakan. Betul tak? Terima kasih kepada Faridh Rezza untuk perkongsian tips ini.

HIRISAN TENGAH – Sesuai untuk sup atau masakan yang memakan masa lama.
HIRISAN TEPI – Sesuai untuk masakan bertumis (sayur atau nasi goreng).
MINCED/DICED (CINCANG/DADU) – Sesuai untuk masakan yang mementingkan paras rupa (presentation) dan sesuai untuk orang yang tak suka kunyah bawang. Tetapi potongan ini paling cepat hangus ya.
CRUSHED/HANCUR – Sesuai untuk masakan yang betunok (grilled/oven), stew, dan perapan.
POTONGAN SEPARUH/BUNGA – Sesuai untuk merembeskan wangian/aroma dan perasa bawang putih ke dalam masakan (stew, roast, searing).
Jenis potongan bawang putih dan fungsinya by Cikgu Rezza handsome! ??
Dari kiri:
HIRISAN TENGAH- Sesuai untuk sup /…
Posted by Faridh Rezza on Wednesday, 25 November 2020
Beruntung sangat kepada mereka yang handal di dapur. Tahu segala helah dan tips untuk diguna pakai ketika memasak sangat memudahkan! Bukan itu sahaja, cara ini juga mungkin boleh buatkan masakan kita lebih sedap setuju tak? Semoga informasi ini membantu anda. Selamat mencuba!
Baca juga:
“Wawa Tak Pandai Masak, Saya Terima Je..” – Aeril Zafrel
Ini Masa Yang Betul Jika Nak Kuning Telur Cair, Separuh Masak Atau…
Sumber: Facebook Faridh Rezza
Post comments (0)