Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Ketahui Pentingnya Lighter Bila Masuk Hutan

today1 January 2021

Background

Mungkin ada yang memandang enteng tapi petua masuk hutan itu perlukan persiapan rapi.

Malah, sesiapa saja yang berhajat untuk masuk ke rimba perlu membuat beberapa persiapan dengan bertanya mereka yang biasa dengan aktiviti lasak ini kerana ada makhluk lain yang berada di situ selain manusia.

Berikutan itu, terdapat beberapa barang yang wajib dibawa jika masuk ke hutan antaranya parang, mancis, pemetik api, botol air dan macam-macam lagi tapi pernah terfikir tak kenapa kita kena bawa pemetik api?

via GIPHY

Menurut satu perkongsian di laman twitter, fungsi pemetik api adalah membantu deria bau kita yang terhad.

Bagaimana cara menggunakannya?

Mudah saja, cuba nyalakan lighter dan perhatikan pada api condong ke arah mana. Jika ke kiri akibat angin sepoi-sepoi, bermakna bau tersebut berada di kanan kita. Begitu jugak sebaliknya.

Seterusnya jika api dalam keadaan tegak bermakna bau tersebut tak jauh dari kita semampu hidung dapat mengesan bau tersebut.

Selain itu, fungsi lighter juga adalah untuk memudahkan anda menghidupkan api untuk tujuan memasak atau membuat unggun api.

Image

Image

Akhir sekali, jika terhidu bau seperti bangkai ketika berada di hutan tebal, maka berhati hatilah kerana kemungkinan besar terdapat binatang yang mati atau Pak Belang berhampiran. Ini kerana pembangkai biasanya berbau busuk.

Percaya atau tidak, ini hanyalah petua yang dikongsikan oleh salah seorang pendaki yang mahir.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Akibat Kerap Dibuli, Lelaki Ini Pilih Untuk Hidup Dalam Hutan

Babi Hutan Masuk Shopping Mall Alamanda!

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Indeks kesejahteraan meningkat – Kosmo Digital

KUALA LUMPUR – Kesejahteraan rakyat Malaysia meningkat 0.6 peratus pada 2019 disumbangkan oleh pertumbuhan positif kesejahteraan ekonomi, menurut laporan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2019 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan. Laporan berkenaan mengukur tahap kesejahteraan rakyat Malaysia daripada perspektif ekonomi dan sosial, termasuk lima komponen ekonomi iaitu pengangkutan, komunikasi, pendidikan, pendapatan dan pengagihan serta persekitaran kerja. Selain itu, terdapat... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today1 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *