Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Lega Bila Tulang Letup Tapi Sebenarnya Ada Kesan Sampingan

today22 December 2020

Background

Perasan tak kalau kita dah lama menghadap kerja di pejabat atau melakukan sesuatu perkara terlalu lama terutama bila menulis atau menghadap laptop mesti kita akan melakukan letupan di bahagian sendi seperti jari, pinggang atau tengkuk.

Bila bunyi pop meletup terus rasa lega tapi tahukah anda tindakan itu ada kesan jangka masa panjang? Malah kalau tersalah letup, boleh terseliuh sendi tau? Bahaya!

via GIPHY

Hanya mindset je…

Untuk pengetahuan anda, terdapat satu kajian yang telah dilakukan dari salah sebuah universiti luar negara tentang isu kesihatan ini. Mereka mengatakan apabila sendi ditarik, akan terdapat ruang kecil yang diisi oleh gas. Maka, apabila ia ditekan, terhasil lah bunyi ‘pop’.

Bunyi tersebut tidak dapat dibukti apa-apa kesan melainkan kawalan otak yang mempengaruhi yang bunyi letupan itu adalah satu cara yang boleh melegakan. Oleh itu, bila lama-kelamaan dibuat tindakan itu akan bertukar menjadi tabiat. Jadi, otak anda dah set untuk buat perbuatan ini dapat melegakan rasa lenguh.

Sakit Tulang Belakang Mula Menyerang... (Ini Sebabnya)

Sumber: flexfisioterapi

Bukti dari kajian…

Sementara itu, Dr. Donald Unger telah melakukan eksperimen terhadap dirinya sendiri di mana dia telah meletupkan jari pada tangan kirinya, sekurang-kurangnya dua kali sehari selama 50 tahun manakala tangan sebelah lagi tidak diletupkan.

Hasilnya, kedua-dua tangannya tidak diserang arthritis termasuklah bahagian jari yang diletupkan. Ini membuktikan bahawa amalan meletupkan jari ini tidak ada kaitan dengan penyakit tulang arthritis.

Tapi, kesan sampingan jangka masa panjang pada tulang setiap buku jari (bahagian penyambung tulang) mempunyai kelebaran yang ekstrem berbanding jari biasa sehingga ada ketikanya menyebabkan cincin mudah tersekat pada bahagian sendi jari.

Cara Mudah Buang Cincin Yang Sukar Ditanggalkan Dari Jari - Kongsi Tular - Semasa - Forum - CARI Infonet

Sumber: hellodokter

Jadi jika tak nak tulang buku jari semakin melebar, elakkan daripada melakukan amalan ‘letup’ jari ini. Ya, tak dapat dinafikan memang lega tapi itu untuk kelegaan jangka masa pendek.

Sebaiknya pergi berjumpa dengan doktor pakar fisioterapi, amalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman ringan untuk mendapatkan kesegaran pada tubuh, okay?

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ibu Ini Kongsi Cara Ringankan Tulang Anak Lelaki Buat Kerja Rumah

Temui Tulang Manusia & Barangan Peribadi, Misteri 3 Tahun Kehilangan Annapuranee Bakal Terjawab?

 

 

 

 

 

 

Sumber: flexphysiotherapy

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

CTRM terima anugerah Accredited Member daripada Airbus

KUALA LUMPUR – Syarikat pembuat komponen komposit pesawat, Composites Techno­logy Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM), telah menerima anugerah Accredited Member bagi ka­tegori struktur aero daripada syarikat pengeluar pesawat terbesar dunia, Airbus SE. Ketua Pegawai Eksekutif CTRM, Shamsuddin Mohamed Yusof berkata, anugerah itu te­lah diumumkan bersempena Hari SQIP (Supply Chain and Quality Improvement Program) Airbus untuk tahun 2019 yang telah dijalankan di ibu pejabat Airbus di... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today22 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *