Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Lelaki Ini Kongsi ‘Jampi’ Supaya Isteri Mudah Bersalin

today11 October 2020

Background

Seperti selalu, isteri yang ingin melahirkan anak pasti akan memohon maaf pada suami dan ibu bapa sebelum masuk ke bilik bersalin. Sampai ada yang siap cium dan salam untuk memohon keampunan supaya proses semasa melahirkan anak dipermudahkan.

Tapi itu bukan penentu dapat bersalin dengan mudah. Sebenarnya perkara yang memudahkan proses bersalin bergantung hampir sepenuhnya kepada pada teknik meneran sewaktu melahirkan bayi dan juga doa dari seorang ibu dan suami tersayang.

via GIPHY

Bacaan ‘jampi’!

Bercakap tentang doa seorang suami, kami terjumpa satu perkongsian dari salah seorang pengguna Facebook, Haris Darus yang memberi bacaan ‘jampi’ saat isterinya sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat.

Hasilnya, proses bersalin isterinya hanya mengambil masa selama 10 minit saja dan bayi dilahirkan sihat sempurna.

Menurutnya lagi, bacaan ‘jampi’ tersebut diperoleh dari salah seorang ilmuwan islam, Maulana Hamid yang mana beliau turut mengamalkannya semasa dirinya dijangkiti virus Covid-19 dan kini beliau telah pun sembuh.

Ha, jangan salah faham. Jampi yang kami maksudkan ni bukan jampi ilmu hitam tu ye tapi jampi selawat dan doa. Proses rawatan sebenar haruslah mengikut cara perubatan yang betul dengan berjumpa doktor disulami dengan doa kepada Tuhan agar diberi keizinan kesembuhan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pasangan di luar sana. Paling penting bila berdoa jangan sewaktu susah saja tapi sebelum ditimpa ujian dan sebaiknya doa dengan seikhlas hati, bersungguh-sungguh serta percaya Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Nak Tahan Sakit Punya Pasal, Ibu Nak Bersalin Bergelek TikTok Ini Buat Netizen Tergelak!

Lelaki dakwa curi kabel biayai kos isteri bersalin

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Covid-19: KKM tingkatkan kapasiti ujian saringan

Kuala Lumpur: Lebih banyak aktiviti saringan akan terus dijalankan di lapangan, terutama di pelbagai daerah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan PKPD secara pentadbiran. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kapasiti ujian juga terus dipertingkatkan. Beliau berkata, jika dilihat pecahan utama pada jumlah kes terkini, ia menunjukkan trend yang hampir sama dengan kelmarin. Menurutnya, Sabah mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 277 kes (74.1... Klik untuk baca […]

today11 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *