Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

“Mak… nak makan!” Cabaran WFH Untuk Seorang Mak

today16 November 2020

Background

Pihak kerajaan telah menyarankan untuk syarikat melaksanakan Work From Home (WFH) untuk pekerjanya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Tidak dinafikan bahawa WFH ini ada manis dan pahitnya. Untuk yang bujang, lain cabarannya. Manakala untuk yang sudah berkahwin dan ada anak kecil, lain pula cabarannya. Kali ini kami nak kongsikan beberapa cabaran yang mungkin mak-mak boleh relate apabila perlu WFH bersama anak-anak kecil tanpa pembantu di rumah.

Anak melekat..

Walau Anak 6 Orang Masih Kecil, Datin Jaja Cekap Masak Majlis Berbuka Di Rumah Setiap Hari - Nona

Iya, tidak dinafikan sepanjang WFH kita gembira dapat luangkan masa dan melihat anak membesar depan mata sambil kita buat kerja. Namun, kadang kala timing anak nak bermanja itu mungkin tak kena contohnya, semasa kita ada virtual meeting anak pula sibuk nak susu, ada pula yang bergaduh dengan adiknya atau ada juga yang sibuk ‘mengemas’ dapur. Fuh, itu mencabar ya.. Virtual meeting berlatar belakangkan suasana anak menjerit.. “ibu.. ibu.. ibu..” Bertabahlah mak-mak sekalian!

Masak

via GIPHY

Bila kerja di pejabat paling susah nak fikir makan dekat mana. Haa, bila kena WFH pula pening kepala nak fikir menu apa nak masak hari ini. Bila ada anak yang suka makan semestinya kita nak sediakan masakan yang best untuk mereka betul tak? Sambil buat kerja, sambil fikir tengah hari nak masak apa pula ya..

Terkejar-kejar

Setuju tak jika kami kata masa berjalan dengan pantas bila WFH. Eh tiba-tiba dah tengah hari, maknya tak mandi lagi tapi anak dah tanya makan apa lunch nanti? Alamak, kesian maknya terkejar-kejar. Jika ada anak yang di bawah 3 tahun, setiap beberapa jam kena pastikan mereka cukup susu dan makan sehinggakan kadang kala maknya pun tak sempat nak makan.. Mak-mak pernah alami situasi ini tak?

Serba salah

Is it possible to feel happy and sad at the same time?

Bila tengah buat kerja terpandang anak, perasaan serba salah pula datang. Kita duduk buat kerja dari pagi tidak melihat anak buat apa. Dah siap ke kerja sekolah online anak? Dah makan ke dia? Iya, mix feelings ketika WFH untuk mak-mak itu normal. Bila anak depan mata tapi kita tidak dapat memberi fokus kepada mereka mungkin perasaan serba salah itu akan datang. Tak apa ya mak, anak-anak faham.

Setiap orang akan alami cabaran yang berbeza. Mungkin ada mak yang mudah melaksanakan WFH sebab anaknya pandai berdikari dan mudah faham dan mungkin juga ada mak yang struggle menyusun masa WFH sambil menjaga anak-anaknya. Tidak apa, kita sama-sama memberi sokongan antara satu sama lain.

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Cabaran ibu bekerja dalam norma baharu

Bekerja dari rumah langkah pencegahan awal COVID-19

 

 

 

 

 

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Sita jentera di tapak sampah haram

Gombak: Tindakan individu tidak bertanggungjawab menggunakan tanah di Sungai Pusu di sini, untuk melupuskan sampah secara haram berjaya dikesan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Hasilnya, tiga jentera yang sedang digunakan untuk meratakan tanah berkenaan disita di Rumpun Buana dan kawasan berhampiran Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Sabtu lalu. MPS memaklumkan, jentera yang disita disyaki digunakan untuk meratakan kawasan dan kemudiannya dijadikan sebagai tapak pembuangan sampah... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today16 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *