Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Malam Tak Elok Bersenam? Doktor Ini Kongsi Waktu Paling Tepat Untuk Bersukan

today2 December 2020

Background

“Malam-malam ni, tak payahlah bersukan. Mana elok. Bahaya. Esok pagi je la. Baru waktu yang sesuai”

Mesti pernah dengar nasihat ni daripada orang sekeliling kita kan? Kononnya kesihatan akan terjejas kerana gagal menguruskan rutin jadual harian sekaligus membuatkan badan terasa lebih penat dan lesu kerana tubuh dipaksa bekerja pada waktu yang salah. Hm, betul ke?

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh seorang pegawai perubatan dan kesihatan, doktor Afiq Rahim kerana masyarakat telah dihantui dengan mitos yang merepek dan tidak masuk akal. Kebetulan beliau dijemput satu sesi menemubual di sebuah stesen radio mengenai isu ini.

Sumber: cariangoogle

Menurutnya, setelah menelaah beberapa kajian yang dilakukan tentang kesan bersenam pada waktu malam terhadap kesihatan, sebenarnya ia tidak langsung memberi kesan buruk malah sebaliknya. Jom lihat penerangan beliau di bawah menerusi coretannya di akaun twitter miliknya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengepilkan sekeping gambar para doktor pakar dan professor perubatan melakukan aktiviti atas padang pada waktu malam.

Tapi, sebelum ingin melakukan senaman waktu malam seperti berbasikal atau berlari, pastikan anda memakai alatan keselamatan.

Sumber: facebook

Misalnya, lampu keselamatan basikal depan dan belakang dalam keadaan baik supaya kenderaan belakang tidak merempuh.

Berlari memakai lampu kepala supaya kenderaan di jalan raya dapat melihat kehadiran anda di tepi jalan.

Kesimpulannya, sebelum nak menyebarkan atau ingin mempercayai sesuatu fakta semak dan kaji terlebih dahulu sama ada betul atau tidak dan pastikan keselamatan diri ketika melakukan aktiviti diutamakan. Selamat bersukan!

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “Kena Kencing” – Kawan Tolak Offer Keluar Sekali, Padahal Lepak Dengan Member Lain

Susulan tularnya video itu yang sehingga kini meraih lebih sejuta views di TikTok, rata-rata warganet geram dengan kawan Azlan yang tidak jujur dengannya.Mereka hanya boleh berkata stay strong dan jangan berkawan dengan orang seperti itu lagi kepada Azlan. Ramai juga yang pernah ditipu seperti dia kerana sikap sesetengah individu yang toksik dan memilih kawan.Tidak dapat dinafikan, memang ramai orang zaman sekarang yang berperangai sebegitu dan hanya nak berkawan dengan certain […]

today2 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *