Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Mudah Dan Berkesan! 3 Bahan Untuk Bersihkan Papan Pemotong

today11 November 2020

Background

Dapur ibarat jantung untuk sebuah rumah. Lebih lagi dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kali ini buatkan kita lebih kerap ke dapur. Ha,betul tak? Tidak kira sudah berkahwin atau masih bujang, sepanjang PKPB ini boleh dikatakan dapur akan selalu berasap. Masakan menjadi atau tidak itu cerita lain sebab kali ini kami nak kongsikan cara mudah untuk bersihkan papan pemotong yang sering kali orang terlepas pandang akan kepentingan kebersihannya.

via GIPHY

Untuk papan pemotong plastik agak sukar untuk kita bersihkan, walaupun sis dah sental bagai tiada hari esok tapi akan ada kesan yang akan tertinggal. Jangan risau, ini caranya untuk buatkan papan pemotong kita nampak baru!

Bahan yang diperlukan ialah:

  1. Limau nipis atau lemon
  2. Baking soda
  3. Cuka

Cara-caranya pula ialah:

  1. Sebiji limau nipis dibelah dua
  2. Ambil baking soda dan taburkan di atas permukaan papan pemotong
  3. Gosok papan pemotong menggunakan sebelah limau nipis
  4. Biarkan papan pemotong serap bahan tadi selama 10 minit
  5. Ambil sebelah lagi potongan limau nipis tadi dan sambung gosok lagi permukaan papan pemotong sehingga puas hati
  6. Tuang cuka dan gosok lagi sehingga kotoran hilang. Kalau nak lagi puas hati, anda boleh gosok menggunakan berus dawai.
  7. Bilas sehingga bersih dan siap!

Kalau masih keliru, anda boleh lihat video yang dikongsikan di bawah:

 

 

Baca juga:

Tin, Tong,  Ketul, Jangan Keliru Perbezaan 3 Jenis Mentega Ini

Jangan Salah Beli! Ini Beza Antara Tin Ikan Sardin Dengan Tin Ikan Mackerel

 

 

 

 

 

Sumber: YouTube A2Z Star

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

Aksesori Kereta Yang Wajib Anda Beli Di Shopee

Dengan trafik yang semakin tinggi di jalan raya hari ini serta pelbagai ragam manusia, risiko kita terlibat dalam kemalangan atau berdepan dengan pemandu tidak berhemah semakin tinggi.Dengan adanya kamera perakam video atau dash cam ini, sebarang insiden dapat direkodkan dan dijadikan bukti untuk rujukan sekiranya perlu. Dash cam hari ini juga semakin canggih dengan pengesan GPS satelit, pengesan gegaran, sambungan Bluetooth serta WiFi dan sebagainya.Item: Xiaomi Mai 70 ProHarga:... Klik […]

today11 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *