Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Nak Bawa Apa Sekiranya Kena Kuarantin Di MAEPS? Ini Antara Persiapanya

today1 February 2021

Background

Angka rakyat yang dijangkiti wabak COVID-19 semakin hari menunjukkan bilangan yang membimbangkan. Mungkin angka tersebut masih belum boleh menunjukkan paras yang tidak merisaukan dalam masa terdekat ini. Oleh itu, kita semua masih perlu memainkan peranan dalam memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Image via:https://www.bharian.com.my/

Kalau kes masih lagi menunjukkan empat angka buat masa sekarang, mungkin makin ramai di antara kita yang akan dikuarantinkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) sekiranya didapati positif. Kalau boleh memang tak nak menjadi mangsa kepada COVID-19, tapi apakan daya kita tetap ada kemungkinan untuk dijangkiti dan dibawa ke MAEPS untuk dikuarintinkan. Jadi kalau kita diminta untuk ke MAEPS, apa yang perlu kita bawa?

Pertama sekali, jangan lupa bawa peralatan mandian seperti sabun, syampu, berus gigi, tuala mandi dan lain-lain yang dirasakan perlu. Bawa juga sekali deodorant dan minyak wangi. Memanglah kita hanya duduk di MAEPS saya, tapi kenalah jaga juga bau badan sebab kita bukan duduk sorang di situ. 

Keduanya, bawa pakaian seperti Tshirt, seluar, kain pelikat, seluar dalam dan lain-lain yang perlu. Kena tahu juga yang MAEPS punya penghawa dingin beroperasi selama 24 jam sehari dan suhu di situ memang dingin dan boleh mencecah ke paras 16 darjah celsius. Jadi jangan lupa untuk bawa sekali selimut atau sweater dan juga stoking jika perlu. Kalau dapat request katil bawah, bolehlah pasang kain pelikat keliling katil untuk buat macam kelambu. Kuranglah sikit sejuk tu

Image via:https://ohbulan.com/

Di MAEPS memang akan disediakan makanan, tapi makanan diedarkan mengikut waktunya. Waktu makan malam akan diberikan bermula jam 6.30 petang. Jadi ada baiknya kalau bawa sekali makanan kita sendiri yang lain seperti maggi cawan segera, biskut, roti dan lain-lain yang boleh dibawa. Waktu malam tu kalau lapar adalah makanan sendiri yang boleh dimakan.

Selain itu, jangan lupa bawa ubat sekiranya ada sakit-sakit lain. Doktor dekat sana pun senang nak consult kita berdasarkan ubat yang kita ada tu. Di MAEPS memang tidak diberikan vaksin, jadi semuanya bergantung kepada sistem imun masing-masing untuk sembuh. Kalau ada vitamin pun digalakkan untuk bawa sekali. Kalau gejala semakin teruk seperti sesak nafas, barulah akan dipantau rapi oleh pegawai kesihatan.

Image via:https://www.bharian.com.my/

Kalau anda seorang pelajar atau masih perlu bekerja dalam tempoh kuarantin, bawalah peralatan gadget yang secukupnya. Di MAEPS, power supply memang banyak disediakan. Kalau dapat sebelah katil memang tiada masalah. Tapi kalau ianya jauh, power bank amat membantu untuk mengecas gadget di katil anda. Kalau ada wayar extension pun bagus juga.

Antara barang tambahan lain yang perlu dibawa adalah seperti cawan cawan nak bancuh air, botol air, dan juga tripod untuk memudahkan kelas atau mesyuarat online. Bagi yang beragama Islam pula, boleh bawa sejadah sekali. Jadi itulah antara barang-barang persediaan yang perlu dibawa. Bukan minta untuk terkena wabak COVID-19 dan dikuarantinkan di sana, tapi sekiranya ia berlaku, kita dah tahu nak sediakan barang apa untuk dibawa sekali.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] 5 Roller Coaster Paling Jahat Di Dunia!

Tradisi² Pelik Lanun Yang Sering Disalah Erti…

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

NCT penyelamat projek ‘gajah putih’

Sembang Korporat Pemaju hartanah pastinya merebut peluang untuk membangunkan projek kediaman dan komersial yang berdaya maju seterusnya mendapat perolehan jualan yang tinggi daripadanya. Tetapi ada kalanya, projek yang dirancang menghadapi masalah sehingga menyebabkan ia tertangguh dan seterusnya memberi kesan kepada para pembelinya, apatah lagi mereka terpaksa menanggung beban pembiayaan berterusan sedangkan ‘rumah’ impian mereka menjadi gajah putih bertahun-tahun lamanya. Maka inilah... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today1 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *