Sudah seminggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan. Namun, jumlah kes semakin meningkat sehingga mencecah 4,029 pada empat hari lepas, hasil daripada aktiviti sebelum PKP 2.0 dilaksanakan.

Susulan itu, Kool Talk menghubungi salah seorang barisan hadapan, yang ingin dikenali dengan nama Liza untuk mengupas sama ada patut atau tidak kerajaan melaksanakan semula PKP lebih ketat seperti Mac tahun lalu?
Menurutnya, dia bersetuju sangat-sangat kerana barisan hadapan sudah dalam keadaan penat dan tertekan kerana ramai orang masih lagi ambil ringan tentang wabak berbahaya ini.
“Kami frontliner terlampau letih sangat sampai rindukan keluarga tapi tak boleh nak balik kampung. Cuti kami dibekukan. Sudah 10 bulan saya tak balik kampung.
Orang lain boleh berseronok sana sini, keluar merata tapi kami dekat sini penat dan letih. Sekarang angka kes naik sampai empat angka, lagilah cuti kami dibekukan,” luahnya dengan nada sebak.

Sumber: malaysiakini
Apabila ditanya sama ada sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan dibenarkan pulang menjenguk keluarga di kampung atau tidak, Liza menjawab tidak kerana COVID-19 centre masih lagi dibuka.
“Sekarang ni lebih banyak lagi pusat dibuka kerana kes meningkat, lagilah double duty kami perlu lakukan. Jadi, saya setuju sangat bila kerajaan laksanakan PKP supaya dapat meringankan bebanan kami,” luahnya lagi.
Untuk dengarkan Kool Talk lebih lanjut, klik saja di sini.
Post comments (0)