Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Panjang Rupanya Akal Anak Netizen Di Group ‘Anak Sepahkan Apa Hari Ini?’

today22 November 2020

Background

Sebelum ini pernah tular group ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ di Facebook sehinggakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tahu tentangnya. Sekarang, ada satu group santai yang diberi nama ‘Anak Sepahkan Apa Hari Ini?’ (ASAHI) telah ditubuhkan untuk ibu ayah berkongsi “projek” menyepah anak-anak.

Di samping berkongsi projek dan keletah anak masing-masing, ibu ayah juga boleh belajar tentang perkembangan anak bersama Pediatric Occupational Therapist, Maryam Jamadi. Group ASAHI ini telah mempunyai lebih kurang 148 ribu ahli. Anda pun salah seorang ahli ke?

 

Tujuan utama group ASAHI ditubuhkan adalah untuk ibu ayah berkongsi tentang aktiviti sepahan anak-anak dan isu-isu parenting berdasarkan perspektif terapis kanak-kanak. Menurut Maryam, boleh kata bila ada anak kecil rumah bersepah itu normal terutamanya untuk ibu ayah yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah dan menyatakan fasa ini adalah normal.

Percayalah di sebalik rumah yang bersepah ada anak yang aktif bermain dan mak ayah yang RAJIN MENGEMAS.

Di atas sambutan yang amat menggalakkan, group ini telah menerima banyak posting dari ibu ayah. Namun, hanya yang terpilih sahaja akan disiarkan sebab pihak ASAHI akan menapis posting yang tidak berkaitan. Menurut Maryam lagi, dia berasa gembira dengan sambutan yang diterima dan berharap ibu ayah dapat bersama-sama belajar antara satu sama lain.

Mari kami kongsikan beberapa posting dari ibu ayah antara ‘projek menarik’ yang mungkin membuatkan anda terhibur dengan keletah anak-anak ini.

Ada macam-macam ‘projek’ telah dikongsikan dan ada yang kita yang dewasa ini pun tak pernah terfikir nak buat. Apapun, semoga ibu ayah terus kuat dan gembira melayan anak-anak dirumah. Bila mereka sudah besar nanti akan rindu keletah anak-anak yang banyak akal itu!

Baca juga:

Baru Usia Setahun, Ramai Gilakan Rambut Anak Hanis Zalikha

Baru 2 Tahun, Permata Hati Nora Danish Sudah Pandai Hafal Sifir!

 

 

 

Sumber: Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini?

Written by: Adinna


Previous post

126024515_10159225754954974_2659290787416221595_o

Sukan

BG Pathum United Sahkan Tempat Dalam Saingan AFC Champions League Musim 2021

Kelab BG Pathum United sah sebagai pasukan pertama dari Thailand yang mengesahkan tempat kesaingan AFC Champions League 2021. Kemenangan keatas Chonburi FC dalam perlawanan ke 11 mereka malam tadi membolehkan BG Pathum United mengutip 32 mata seterusnya merebut satu dari 4 slot  aksi AFC Champions League 2021. Thai League 1 diberikan 4 slot ke saingan AFC Champions League oleh pihak AFC dimana juara dan naib juara liga akan menerima slot […]

today22 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *