Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

“Pin pin! Baby awak dah sampai..” Kisah Bayi Di Hantar Melalui Pesanan Pos

today4 December 2020

Background

Zaman teknologi moden kini semua benda kita boleh hantar melalui pos ke mana sahaja seluruh dunia tidak kira kecil atau besar. Lebih lagi sekarang di musim Perintah Kawalan Pergerakan, semakin ramai yang rajin membeli barang atas talian termasuk juga Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga semakin rancak membeli di atas talian.

Oleh itu, hari ini kami nak kongsikan kisah penghantaran barang yang lain daripada yang lain iaitu penghantaran bayi dan kanak-kanak. Jangan risau ya, tiada kekejaman yang berlaku dalam kisah ini.

pos bayi zaman dulu dulu

Pada awal abad ke 20, ada sebuah syarikat menerima upah untuk menghantar bungkusan berasiz besar dan disebabkan peraturan pada ketika itu longgar, masyarakat mula mengambil kesempatan. Antaranya ialah ibu bapa mula memilih untuk menghantar anak-anaknya termasuk bayi ke kampung untuk dijaga oleh datuk dan nenek.

Bayi pertama yang dihantar melalui pos bernama James Beagle berusia 8 bulan. Ibu bapanya mengambil keputusan untuk menghantar bayi tersebut kepada neneknya yang tinggal kira-kira 12 kilometer. Penghantaran bayi itu dilakukan sama seperti penghantaran barangan lain iaitu dia juga turut ditimbang dan dapati beratnya tidak melebihi had maksima iaitu hanya 4.9kg sahaja.

Apa yang penting, James selamat dihantar ke rumah neneknya dan apabila ia tular, ramai masyarakat mula ikuti tindakan ibu bapa James. Oleh itu, sepanjang tahun 1913 sehinggalah tahun 1915, sebanyak 7 kes penghantaran yang melibatkan bayi dan kanak-kanak berjaya dilakukan.

baby mail parcel postage

Kenapa ibu bapa memilih untuk pos anak mereka? Hal ini disebabkan kos bawa pulang anak-anak ke kampung menggunakan keretapi agak tinggi berbanding penghantaran pos.

Seterusnya, Maud Smith berusia 3 tahun adalah individu terakhir dalam sejarah penghantaran pos Amerika Syarikat sebagai bungkusan. Maud dihantar oleh datuk dan neneknya untuk pulang ke pangkuan ibunya selepas mendapat berita bahawa ibunya sakit. Penghantaran Maud lain sedikit sebab Maud dihantar menggunakan sebuah keretapi pengangkut barangan. Posmen yang bertugas terkejut melihat Maud dan atas rasa tanggungjawab, dia menjaga Maud sepanjang perjalanan. Akhirnya, Maud selamat sampai ke pangkuan ibunya.

Kalau zaman sekarang dibenarkan pos bayi dan kanak-kanak agaknya kecoh dengan suara mereka di pusat agihan bungkusan pos nanti. Bukan itu sahaja, sepanjang perjalanan penghantaran nanti pening pula kepala abang posmen nak layan karenah mereka yang mana nak singgah buang air, nak singgah makan.. alahai anak-anak!

 

Baca juga:

7 Barangan Pelik Dan Tidak Masuk Akal Yang Boleh Dibeli Secara Online

Barang Beli Online Pecah? Ini Yang Anda Perlu Lakukan

 

 

Sumber: The Washington Post, History

 

Written by: Adinna


Previous post

Jersi

Sukan

Ciri-Ciri Menarik Jersi Terbaru Skuad Harimau Malaya

Jersi terbaru skuad Harimau Malaya yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tanah air sebelum ini telahpun dilancarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.Menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi persatuan tersebut, FAM mengeluarkan satu video yang memaparkan pemain skuad kebangsaan seperti Brendan Gan dan Shahrel Fikri memakai dua jersi terbaru yang dikeluarkan oleh pengeluar barangan sukan terkemuka dunia, Nike.Meskipun mendapat reaksi yang bercampur dari... Klik untuk baca […]

today4 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *