Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Selain Berpantang, ‘New Moms’ Perlu Alert Dengan Perkara Ini..

today7 December 2020

Background

Kebanyakan ibu mengandung yang baru pertama kali berdepan dengan pengalaman baru ini, mereka hanya fikirkan tentang gaya hidup selepas bersalin iaitu berpantang.

Antara yang selalu dilakukan ketika berpantang adalah seperti bertangas, bertungku, menyenaraikan makanan berpantang, set pakaian dan barang keperluan bayi, pakaian mereka sendiri dan bermacam lagilah.

Hakikatnya, ramai yang tak bersedia tentang perkara yang lebih utama iaitu tubuh dan emosi mereka. Itu punca simptom meroyan. Banyak hal tak kena dan akhirnya menangis tanpa sebab, stres, rasa kosong, tak yakin dengan diri, fikir benda yang tak berlaku atau yang lebih teruk boleh mencederakan bayi sendiri.


Sumber: cariangoogle

Puncanya mereka tak bersiap sedia dengan kesan tubuh badan selepas bersalin. Bahaya tau! Lebih-lebih lagi bila suami tiada di sisi atau suami yang pandai complain tapi tak pandai nak menenangkan isteri.

Jadi kami ingin kongsikan dengan anda realiti yang terjadi ketika proses berpantang. Nanti tak lah terkejut. Antaranya….

  1. Perut menggeleber.
  2. Susu badan kering (tapi ada cara yang betul untuk keluarkan susu badan).
  3. Parut C-section (jika si ibu melahirkan anda melalui pebedahan perut).
  4. Selulit yang banyak di bahagian perut atau celah kangkang.
  5. Tidak cukup tidur.
  6. Keguguran rambut.
  7. Ketika duduk rasa sakit.
  8. Belakang badan rasa sengal-sengal.
  9. Payudara kendur.
  10. Susu badan keluar terlalu banyak.
  11. Tubuh badan cramp (jika si ibu tidak mempunyai kandungan kalsium yang cukup).
  12. Bentuk alat suli berubah bentuk kerana kesan terkoyak dan jahitan.
  13. Berat badan mudah naik.
  14. Rasa keseorangan.
  15. Bentuk pinggang dah lain.
  16. Langkah yang lebih berhati-hati, beritahu pasangan apa yang akan berubah selepas bersalin. Lebih-lebih lagi bentuk badan dan juga emosi. Bukan apa, ada setengah lelaki pandai buat anak tapi tak tahu kesan tubuh isteri selepas bersalin.
  17. Mereka fikirkan bentuk badan akan sama seperti sebelum bersalin. Erti kata lain, minta suami anda juga bersedia apa yang bakal mereka akan lihat pada tubuh anda selepas anda melahirkan zuriat mereka.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Eh nampak baby bump laa..” – Sekali Lagi Tok Ti Dikatakan Sedang Mengandung

Ketagihan Vape, Ibu Mengandung Berisiko Keguguran & Bayi Boleh Lahir Cacat

 

 

 

 

Sumber: babycentre

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “Sweet BerTikTok” – Ramai Keliru & Tak Percaya Bila Tahu Status Sebenar Wanita Ini

Tinjauan di ruangan komen, Joe dan uminya dihujani pelbagai reaksi positif dan ternyata ramai yang terkejut wanita yang disangka girlfriend rupa-rupanya ibu kandung Joe sendiri.Menurut Joe, uminya itu sudah pun menjangkau usia sekitar 40-an, dan itu membuatkan netizen memuji kecantikan dan awet muda uminya yang nampak sebaya dengan anak.Ada yang sempat berseloroh dengan Joe sampai bertanya adakah dia mahukan ayah tiri kerana terpikat dengan kecantikan uminya itu.Antara komen... Klik untuk baca […]

today7 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *