Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Span Basuh Pinggan Mungkin Punca Diri Mudah Sakit

today16 January 2021

Background

Kalau di rumah, dapur adalah ruang yang paling utama buat para wanita kerana di situlah kita menyediakan makanan untuk keluarga tercinta. Setiap barangan di dapur sudah ada tempatnya dan hanya para ibu dan isteri sahaja yang tahu setiap barang itu di mana duduknya baik dari segelas cawan ke penutup periuk pun ada tempat khas mereka.

Sudah pasti para ibu dan para isteri mahukan yang terbaik untuk keluarga mereka namun mungkin ada satu perihal kecil yang anda terlepas pandang iaitu kekerapan menukar span basuh pinggan di rumah. Kami nak tanya, bilakah kali terakhir span basuh pinggan anda ditukar? Sebulan lepas? Dua bulan lepas? Atau anda sendiri tidak pasti kerana ia terlalu lama tidak ditukar? Alamak, jaga-jaga para wanita! Span basuh pinggan jika tidak kerap ditukar boleh menjadi salah satu punca keluarga kita mudah sakit.

Menerusi perkongsian Dr Saidatul Husna, ramai yang tidak tahu bahawa span basuh pinggan di rumah anda mungkin lebih kotor daripada bilik air. Untuk pengetahuan anda, span basuh pinggan tempat kuman paling banyak membiak. Hal ini kerana dengan keadaannya yang sentiasa lembap menyebabkan bakteria mudah terkumpul dan sentiasa melekat di span tersebut.

Walaupun kita tidak dapat melihat bakteria dengan mata kasar, namun ketahuilah bahawa ia sentiasa ada. Fakta yang lebih menakutkan ialah span yang guna terlalu lama ini ada kemungkinan besar mempunyai kuman yang berbahaya untuk perut seperti E-Coli. Antara tanda-tanda diri dijangkiti E Coli yang ada shiga toxin, kita akan demam, muntah muntah dan cirit birit dan jika anda ada anak kecil kena lebih berhati-hati dengan E Coli.

Khas buat anda, ada cara untuk bersihkan sendiri span basuh pinggan anda jika mahu menggunakannya lebih lama iaitu dengan cara:

1) Rebus span tersebut di atas dapur dengan api yang besar selama 5 minit.

2) Untuk guna microwave pula, anda hanya perlu rendam span dalam air dan guna kepanasan yang tinggi dan ‘masak’ selama 2 minit.

3) Atau paling mudah, beli je baru.

Bila kita perlu tukar span di dapur? Anda boleh tukar setiap 3 minggu dan maksimumnya ialah sebulan bergantung dengan kekerapan penggunaan span tersebut dan cara anda menyimpannya. Apapun, sama-sama kita ikhtiar cara yang terbaik untuk pastikan diri dan keluarga dijauhi penyakit yang berbahaya.

 

Baca juga:

Kerja Rumah ‘Settle’ Sekelip Mata Dengan Tip Mudah Ni!

Makin Lama Bantal Digunakan, Makin Bahaya Kerana..

 

 

 

 

Sumber : VitDaily

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

PKP: 1,200 anggota JPJ digerakkan bantu polis mulai hari ini

Putrajaya: Seramai 1,200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara digerakkan mulai hari ini sehingga 26 Januari bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP). JPJ berkata, kolaborasi mapan antara kedua-dua agensi penguat kuasa itu penting dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih serius. "Gerak kerja seumpama ini akan memberi... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *