Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Tanda-Tanda Penyakit Mental Yang Mendengar Suara Ghaib

today16 October 2020

Background

Penyakit berkaitan mental ini bukanlah perkara baru dalam masyarakat di Malaysia. Ia juga tidak sepatutnya menjadi satu isu yang remeh kerana berpotensi untuk mendatangkan kecederaan kepada orang lain serta diri sendiri. Baru-baru ini, negara kita digemparkan kembali dengan satu kes pembunuhan yang dilakukan seorang bapa terhadap anaknya yang berusia lapan bulan. Penyakit mental dan ajaran sesat dipercayai menjadi puncanya.

Pembunuhan Daripada ‘Suara Ghaib’ Adalah Tanda Penyakit Mental

Menurut kata Profesor Dr Marhani Midin, Pakar Perunding Kanan Psikiatri, jika berlaku kes atau kejadian bunuh anak sendiri, ia berkemungkinan besar berpunca daripada pertimbangan yang tidak waras. Si pelaku mungkin sedang berhalusinasi semasa melakukan pembunuhan tersebut, ditambah dengan suara-suara ghaib yang didengari. Perilaku seperti mendengar suara ghaib juga sering dikaitkan dengan penyakit Skizofrenia.

Selain itu, cara pembunuhan yang aneh juga boleh menjadi petanda individu yang melakukan jenayah itu mempunyai penyakit mental. Mereka yang mendengar suara-suara ghaib ini dipercayai mempunyai satu gangguan yang dikenali sebagai auditory hallucination. Antara kes yang sering berlaku adalah mendengar suara memberi arahan untuk melakukan tindakan yang ganas atau luar daripada norma. Selain pendengaran, gangguan dari segi penglihatan juga boleh berlaku yang dikenali sebagai visual hallucination. Akibat daripada gangguan-gangguan ini yang mana ia berkaitan dengan mental, akhirnya menjadi punca seseorang itu bertindak di luar jangkaan. 

Namun menurut Datuk Ustaz Kazim Elias pula, tindakan di luar jangkaan seperti membunuh ahli keluarga sendiri juga berkemungkinan berpunca daripada ajaran yang terpesong. Menurutnya, terdapat ajaran ataupun ritual yang dilakukan sehingga menyebabkan pemikirannya dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat. Akhirnya, kewarasan diri tergadai dan bertindak melampaui kewarasan akal manusia.

Tanda-Tanda Seseorang Mempunyai Penyakit Mental…

Penyakit mental dikatakan tidak berlaku secara tiba-tiba. Seseorang itu akan melalui satu perubahan secara berperingkat, dan perubahan ini sebenarnya boleh dilihat. Antara tandanya adalah seperti bercakap seorang diri dan senyum sendirian. Selain itu, tingkah lalu seseorang yang mempunyai gangguan mental juga akan menjadi lain daripada kebiasaannya. Hal ini akan berlarutan sehingga lah seseorang itu tidak boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa. 

Sebagai masyarakat pula, kita perlu prihatin dengan orang yang berada di sekeliling kita dengan ambil tahu perubahan-perubahan yang berlaku. Sekiranya ia dapat dikesan lebih awal, ia boleh dirawat jika dibawa ke pakar. Jika tidak dirawat, dikhuatiri ia akan berlarutan sehingga berlakunya satu tindakan ganas. Tambahan lagi, ubat yang diberi juga adalah bergantung kepada jenis penyakit mental yang dihidapi. Bagi Datuk Ustaz Kazim Elias, hidup berjiran perlulah peka dengan keadaan semasa jiran tetangga supaya dapat dielakkan kejadian yang tidak diingini.

Dengarkan perbualan AG, Haiza dan Muaz di Kool FM mengenai topik ini selanjutnya di SINI. 

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Disebabkan Dendam Kerana Didera Ibu Bapa, Lelaki Ini Menjadi Pembunuh Bersiri!

Kisah Seorang Pembunuh Bersiri Menjadi Penyanyi

 

 

 

 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

mysterious-unknown-person-hood-danger-darkness-anonymous-criminal-concept_1205-5268

Sukan

Netizen Mula ‘Alert’ Dengan Kemunculan Kembali Kluster ‘Lelaki Misteri’ Dalam Bola Sepak Malaysia

Kelibat seorang individu yang pernah dilaporkan pernah mempunyai beberapa isu dalam arena bola sepak Malaysia beberapa tahun lalu kini kembali panas. Perkara itu mula diperkatakan dengan hangat oleh peminat-peminat bola sepak di utara tanahair apabila beberapa keping gambar ‘perjumpaan’ tersebar di media sosial yang mengundang kepada banyak persoalan serta andaian. Sebelum ini, beliau dikatakan pernah terlibat dengan beberapa pasukan di pantai timur yang telah mengakibatkan banyak... Klik untuk baca artikel […]

today16 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *