Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Tips Untuk Lelaki Berjambang Nampak Lebih Seksi

today11 November 2020

Background

Bila tiba bulan November, istilah “No-Shave November” semakin sering terdengar. Ramai para lelaki mula ikuti trend ini apabila mereka tidak memotong atau dalam kata pasar ‘bela bulu’ seperti rambut, misai dan juga janggut. Mungkinkah sebab itu kita kerap nampak orang lelaki berjambang bulan ini?

Oleh disebabkan semakin ramai lelaki menyimpan jambang untuk ikut trend, maka semakin ramai juga telah beranggapan bahawa lelaki berjambang kelihatan lebih seksi di mata mereka. Bila seseorang mengubah penampilan luar jangkaan, sesetengah mereka akan nampak lebih menarik dan misteri.

Sebenarnya tidak kisah sama ada anda mengikut trend atau pun sudah ada jambang sejak azali, penampilan yang kemas dan bersih semestinya penting. Kami akan kongsikan 3 tips untuk lelaki berjambang tampak lebih seksi selain bulu penuh satu muka. Iya, si jambang juga boleh kelihatan seksi!

via GIPHY

Gaya Potongan

Untuk lelaki yang baru sahaja mula menyimpan jambang, pastikan anda tidak membentuk jambang terlalu awal untuk dapatkan gaya yang lebih menarik kemudian hari. Jika anda ada bentuk jambang pilihan, tunggu beberapa bulan sehingga jambang kelihatan panjang. Mula-mula jambang anda mungkin akan kelihatan sedikit pelik dan awkward, tapi sebenarnya ia cara yang betul supaya nanti lebih mudah untuk anda mengemaskannya mengikut potongan pilihan.

Syampu

Ramai yang ingat mereka tidak perlu membasuh jambang menggunakan syampu. Untuk pengetahuan anda, penggunaan syampu akan bantu jambang anda jadi lebih lembut dan mudah dibentuk. Sedikit nasihat, anda perlu elak syampu jambang menggunakan sabun mandi.. keras macam dawai nanti bro!

Trim sikit-sikit

Selain itu, untuk kekal seksi anda haruslah trim jambang setiap dua bulan untuk mengelakkan ia dari bercabang.  Jangan ingat rambut sahaja boleh bercabang, jambang pun boleh bercabang ya! Selepas mandi pula, sikatlah jambang guna sikat kecil supaya jambang kelihatan kemas dan SEKSI!

Seksi tu, seksi juga.. tapi jangan lupa untuk jaga kebersihan jambang dan jangan biarkan ia kelihatan berserabut. Nanti orang sekeliling pun serabut tengok.. Alamak!

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Lelaki Ini Relakan Diri Jadi ‘Punching Bag’ Untuk Perolehi Pendapatan Lumayan

Kecewa Putus Tunang, Lelaki Ini Nekad Teruskan Perkahwinan Dan Nikahi Diri Sendiri

 

 

 

 

Sumber: FreeMalaysiaToday

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Menteri atau timbalan diminta hadir perbahasan Belanjawan 2021

Kuala Lumpur: Isu ketidakhadiran Menteri atau Timbalan Menteri di Dewan Rakyat kembali dibangkitkan pada sesi perbahasan Belanjawan 2021 hari ini, menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Datuk Seri Azalina Othman Said meminta seorang daripada mereka agar berada di dalam dewan semasa Ahli Parlimen membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021. Azalina ketika membuat permohonan itu pada akhir sesi persidangan hari ini berkata, Menteri atau seorang daripada Timbalan Menteri berkaitan perlu berada... Klik untuk baca […]

today11 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *