Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Tips Wajib Tahu Sebelum Beli Kasut Sukan

today16 December 2020

Background

Pemilihan kasut sukan yang betul sebenarnya merupakan satu aspek penting sebelum siapa-siapa pun yang nak mula bersukan. Tak kiralah sukan atau senaman apa pun seperti jogging, badminton atau cycling, kalau kita pakai kasut yang salah ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada kaki. Semasa pemilihan dan pembelian kasut sukan, secara normalnya mata kita akan tertarik kepada design kasut tersebut berbanding fungsi utama. Sebab itu ada yang kata “most shoes are not made for walking but for fashion.” Selain itu, masalah sakit kaki dan juga penyakit berkaitan dengan sendi, otot dan tulang biasanya dikaitkan dengan pemakaian kasut yang tidak sesuai. So macam mana nak pilih kasut sukan dengan betul?

Kenali Jenis Sukan

Satu kasut sukan tak boleh digunakan untuk semua jenis sukan. Kalau anda nak fokus pada aktiviti larian seperti jogging, pilihlah kasut yang memang diciptakan khas untuk aktiviti itu. Jika ingin melalukan aktiviti berbasikal (yang tengah trend sekarang) maka anda perlu pilih kasut cycling indoor atau outdoor. Nak beli kasut untuk berbasikal pun kena tahu nak cycling indoor atau outdoor sebab kedua-duanya memerlukan kasut yang berbeza. Mungkin siapa yang melakukan aktiviti sukan yang pelbagai memerlukan kasut sukan yang banyak bagi setiap aktiviti. Tapi kalau anda jenis fokus pada satu aktiviti sukan sahaja, better beli kasut yang betul-betul diciptakan khas untuk sukan tersebut. 

Kenali Jenis Tapak Kaki

Mungkin ini antara aspek yang ramai tak tahu semasa membuat pemilihan kasut sukan. Tapak kaki manusia ni sebenarnya ada jenis yang berbeza iaitu jenis telapak kaki rata, telapak kaki normal dan juga telapak kaki tinggi. Boleh lihat gambar di bawah yang secara ringkas menunjukkan bentuk tapak kaki yang berbeza. Nak tahu jenis tapak kaki, anda boleh buat ‘wet test’ dengan membasahkan kedua-dua tapak kakidan berdiri atas beg kertas selama 10 saat. 

Image via:https://moriartypt.com/

Kalau perasan kebiasaannya pada satu-satu kasut sukan tu ada tertera jenis kasut samada jenis stability shoe, cushioned shoe dan juga motion control shoe. Tapi kalau tak ada tertera tu mungkin boleh tanya jurujual kedai kasut tu yang mana satu kasut mengikut jenis tapak kaki anda. Pemilihan kasut yang sesuai dengan tapak kaki penting buat mereka yang sukakan sukan berimpak tinggi seperti marathon yang melibatkan penggunaan maksimum kekuatan kaki. Silap pakai kasut mungkin akan memberi kesan kepada prestasi dan juga kesihatan kaki anda nanti. 

Langkah Beli Kasut Yang Betul

Ni rasanya ramai yang dah tahu waktu paling sesuai beli kasut iaitu di sebelah petang atau malam. Lagi bagus kalau beli kasut selepas selesai habis jogging. Ini kerana kaki anda telah digunakan sepanjang hari dan saiz tapak kaki akan mengembang ke tahap yang maksima.

Keduanya, kena pastikan anda pakai atau bawa stoking sukan untuk dicuba bersama sewaktu membeli. Kalau yang jenis suka pakai stoking tebal, kenalah pakai stoking tebal masa pilih kasut untuk pastikan kasut yang dicuba tu selesa. Semasa sarungkan kasut pula, pastikan ianya selesa pada kali pertama. Kalau tak selesa maksudnya ia bukan kasut untuk kaki anda walaupun design kasut tu cantik gila.

Bila kasut tu dah muat dengan kaki, pastikan ada ruang lebih kurang setengah inci antara ibu jari kaki dan hujung kasut. Setengah inci ni lebih kurang lebar ibu jari tangan. Nak lebih yakin sebelum membuat pembayaran, try lah lari keliling dalam kedai tu sampai anda betul-betul rasa selesa dengan kasut tu.

Jadi sebenarnya bukan mudah nak pilih kasut sukan ni dan kita tak sepatutnya beli kasut secara terburu-buru. Kasut juga dikira sebagai satu pelaburan sebab kita akan pakainya untuk tempoh yang agak lama, dan kasut sukan bukannya murah guys. Dah alang-alang nak beli kasut yang mahal, buat lah pemilihan kasut dengan tepat.

Baca juga artikel menarik lain:

Darah Belangkas Boleh Buat Orang Jadi Kaya? Ini Sebabnya Dinilai Sangat Berharga

Ketahui 6 Peribahasa Ini Yang Sering Disalah Erti

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

MAHB yakin pemulihan trafik penumpang KLIA

SEPANG – Malaysia Airports optimis terhadap pemulihan se­cara beransur-ansur bagi tra­fik penumpang di lapangan terbangnya susulan beberapa pe­nyambungan semula operasi dan pengenalan laluan baharu daripada syarikat penerbangan seluruh negara. Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) berkata, pada bulan lalu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyambut kembali pener­bangan Cathay Pacific selepas tiga tahun terhenti. “Cathay Pacific menawarkan penerbangan secara... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *