Tidak pernah berhenti menghulurkan bantuan! Itu yang meniti di bibir semua rakyat Malaysia bila terdengar nama Uncle Kentang, seorang aktivis dan juga Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia.
Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng sekali lagi menjadi sebutan baru-baru ini selepas dia membantu 5 beranak yang kehilangan tempat tinggal selepas diusir keluar dari bilik sewa mereka gara-gara tidak mampu membayar tunggakan bilik sewa mereka.
Difahamkan beliau dimaklumkan mengenai keluarga ini oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (PD) Brickfields yang menerima laporan orang awam pada 8 Disember lalu. Beliau kemudian bergegas ke sana dan disambut oleh dua anggota peronda yang sedang menemani keluarga malang tersebut.
Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Chong bersama isteri dan anaknya sebelum itu ditemui oleh anggota polis berkenaan ketika sedang mandi di R&R Awan Besar Lebuh Raya Shah Alam. Selepas disoal mereka kemudian menjelaskan situasi mereka yang terpaksa tidur di sana kerana ketiadaan rumah.
Lebih menyedihkan apabila mengetahui kesemua anak-anak pasangan berkenaan berusia 5 tahun ke bawah dan sudah beberapa hari tinggal di sana.
Pihak polis telah hubungi Uncle Kentang pada malam kejadian dan perkara itu telah buatkan dirinya rasa sangat sebak dan pihak polis sanggup menunggu Uncle Kentang sampai di tempat kejadian kerana risaukan keselamatan anak perempuan pasangan tersebut.
Untuk sementara ini, Uncle Kentang telah membawa keluarga tersebut menginap di sebuah hotel di Bandar Puteri Puchong sebelum beliau mendapatkan sebuah bilik untuk keluarga berkenaan di sekitar Puchong. Semoga Uncle Kentang teruskan usahanya membantu mereka yang memerlukan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
The Thursday Show : Disebalik Kehidupan Uncle Kentang
Penat Hidup Miskin, Wanita Kelar 3 Anaknya
Sumber: Facebook Uncle Kentang
Post comments (0)