Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Bukan Semua Ada Gaji Dan Elaun ..” – Syed Saddiq Bidas Kenyataan Akmal Isu Pelajar Matrik Dikompaun

today21 April 2021

Background

Pada Isnin tular di media sosial apabila pelajar Matrikulasi Perak dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur pematuhan standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup mulut di dalam kawasan kolej. Enam orang pelajar terbabit disaman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak RM1500 dan perlu dilangsaikan dalam masa 2 minggu.

Perkara yang membuatkan ramai berasa kesal adalah pelajar tersebut langsung tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sejak semester dibuka malah nak jumpa ibu bapa pun tak boleh. Mereka dikatakan baru sahaja turun dari tangga untuk ke kafe dan membuka pelitup muka sebentar kerana terasa sesak tiba- tiba datang pihak berkuasa yang kebetulan berada di situ bagi tujuan  membuat pemeriksaan di kawasan kafe berkenaan dan mengenakan kompaun kepada mereka tanpa budi bicara.

Baca juga: Tak Pasal-Pasal Instafamous Jadi Banduan Sehari Gara-Gara Honeymoon

Bukan itu sahaja, jumlah kompaun yang dikenakan juga tidak masuk akal untuk dibayar oleh pelajar.

Hari ini, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin memberikan kenyataan kepada pihak media mengenai isu ini susulan ia tular di media sosial yang mengatakan adanya unsur double standard. Akmal menidakkan kenyataan tersebut dengan berkata bahawa tiada penganiayaan dilakukan di sini dan pegawai penguat kuasa yang mengeluarkan kompaun tersebut hanya menjalankan tugasnya.

Akmal juga menambah bahawa pelajar terbabit tidak perlu risau dan hanya perlu laksanakan rayuan supaya kompaun boleh dikurangkan.

Syed Saddiq, menerusi laman Twitter miliknya membidas kenyataan Akmal.

Kata Syed Saddiq tak semua mempunyai duit seperti EXCO. Mereka hanyalah pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap. Elaun yang mereka ada pun cuma cukup-cukup makan buat mereka. Jika dikurangkan kompaun sekalipun, berapa banyak sahaja jumlah yang boleh ditolak. Secara total, ianya masih banyak untuk dibayar oleh pelajar.

Syed Saddiq turut menambah bahawa kenyataan Akmal adalah tidak sensitif lebih-lebih lagi apabila dia berkata bahawa dia yakin pelajar-pelajar berkenaan mampu untuk membayar kompaun yang dikenakan. EXCO sahaja yang yakin namun para pelajar yang sedang menghadapi situasi tersebut nantinya perlu membuat kutipan awam semata-mata ingin membayar kompaun yang boleh dikatakan tidak adil kerana mereka tidak diberi peluang untuk didengari.

Menerusi ruangan komen, ada yang berkongsikan sebuah video di hari kejadian di mana pelajar-pelajar berkenaan ditengking oleh pegawai yang berkuasa tanpa menyelidik atau bertanya terlebih dahulu. Rata-rata wargamaya berang dengan tindakan tersebut dan mereka meluahkan rasa kasihan kepada pelajar yang terbabit. Sepatutnya jika ada budi bicara, perkara ini boleh diselesaikan dan tidak akan menjadi hangat seperti ini.

Buat semua rakyat Malaysia, teruskan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ya.. Sama-sama kita perangi pandemik Covid-19 ini.

Baca juga: “Tak Perlu Siasat Pelajar, Terus Dikompoun RM1500” – YB Syed Saddiq Berang Isu ‘Double Standard’ Masih Berlanjutan  

Sumber: Syed Saddiq

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

mc gregor

Sukan

McGregor Berminat Beli Kelab Manchester United

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Conor McGregor  kini menyatakan hasrat untuk membeli Manchester United selepas peletakan jawatan mengejut Ed Woodward sebagai naib pengerusi eksekutif kelab itu. Woodward meletak jawatan sebaik sahaja Manchester United menarik diri daripada menyertai Liga Super Eropah (ESL). Beliau dilaporkan agak kecewa dengan tindakan kelab yang memilih untuk tidak menyertai... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today21 April 2021