Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Adakah Bersukan Boleh Jejaskan Kesihatan Lelaki?

today5 January 2021

Background

Bila bercakap tentang bersukan, ramai yang menganggap satu aktiviti yang baik untuk kesihatan namun, terdapat ura-ura mengatakan sukan juga boleh menjejaskan kesuburan.

Kool Chat pagi tadi bersama Doktor Pakar Andrologi, Dr Ismail Tambi membincangkan isu ini sejauh mana kebenaran fakta ini atau adakah mitos semata?

Menurutnya, masalah kesuburan berpunca dari sukan boleh terjadi apabila individu tersebut terlalu kuat bersukan sehingga menyebabkan badan seseorang itu terasa terlalu penat atau teknik bersukan salah.

via GIPHY

“Kita ambil contoh aktiviti berbasikal. Jika seseorang itu mengayuh basikal terlalu lama sehingga bahagian kelengkangnya terasa kebas akibat tekanan pergerakan dan perkara itu akan menyebabkan masalah kesuburan tidak kira lelaki atau perempuan.

Ini kerana, urat saraf alat kelamin perempuan dan lelaki terdapat di bahagian kelengkang. Jadi, bila bahagian tersebut mengalami tekanan sehingga kebas yang berpanjangan, lama kelamaan perjalanan darah terganggu, sekali menyebabkan gangguan terhadap eraksi,” jelasnya.

Sebenarnya banyak faktor lagi dan untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja disini.

 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Espargaro dapat lonjakan semangat [VIDEO]

London: Pelumba baharu Repsol Honda, Pol Espargaro menerima kejutan istimewa sekembalinya daripada berlatih di pergunungan Andorra apabila mendapati jentera RC213V bernombor 44 menunggunya di rumah. "Saya hampir menangis!" kata Espargaro bersama motosikalnya di halaman rumah. "Wow. Saya sama sekali tak menyangka. Saya mahu menyimpannya di sini buat selamanya!" "Nombor ini [44] tampak hebat. Saya bekerja keras untuk melihat nombor itu di sini. Ia mengagumkan. "Motosikal ini dengan warnanya... Klik untuk […]

today5 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *