Sebagai rakyat Malaysia, siapa je tak berasa bangga apabila nama Malaysia harum di pentas antarabangsa. Tidak kira dalam apa jua bidang, ia merupakan satu pencapaian tertinggi sekiranya dapat pengiktirafan secara global. Kalau di Malaysia, bidang sukanlah yang selalu kita nantikan atlet-atlet negara mengharumkan nama negara apabila beraksi di luar negara.
BREAKING: Former world squash champion Nicol David has been named The World Games Greatest Athlete of All Time.
The 37-year-old Malaysian received a total of 318,943 votes in an online poll in the final round of 10 athletes.
A total of 1,204,637 votes were cast in the poll. pic.twitter.com/GuWyU2eg9c
— BFM News (@NewsBFM) February 1, 2021
Terbaharu, bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, pada malam semalam. Mungkin ia saat yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia kerana mengenali kehebatan beliau sebagai ratu skuasy.
Anugerah tersebut merupakan anjuran Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan untuk ulang tahun ke-40 acara sukan dunia. Penganjuran anugerah itu bertujuan memilih atlet terbaik sepanjang zaman yang pernah beraksi dalam mana-mana edisi sukan dunia yang diadakan buat pertama kalinya di Santa Clara, Amerika Syarikat pada 1981. Jadi memang ia merupakan antara anugerah tertinggilah buat seseorang atlet.

Apa yang menariknya cara pengiraan pemenang adalah melalui undian secara dalam talian. Sebaik undian ditutup pada jam 9 malam tadi, bekas pemain nombor satu dunia selama 109 bulan berturut-turut itu nyata unggul apabila menerima 318,943 undian yang diadakan sejak 8 Januari lalu. Semua ini terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan undian tertinggi kepada beliau.
“Ia adalah satu penghormatan buat diri saya apabila dicalonkan untuk Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman dan menerima sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia serta komuniti skuasy.” kata beliau.

Menurut Nicol, pada awalnya agak terkejut apabila disenaraikan bersama atlet terkemuka dunia yang lain. Bagaimanapun, beliau tetap bersyukur terhadap perkara itu dan berharap kejayaan ini mampu menarik perhatian dunia terhadap sukan skuasy. Nicol juga bukan sekadar menjadi calon untuk Malaysia, malah merupakan satu-satunya calon dari Asia bagi edisi 2020 ini. Memang hebat!
Syabas Datuk Nicol Ann David, dan terima kasih juga buat rakyat Malaysia di atas sokongan yang padu. Semoga lebih banyak lagi atlet negara yang bakal bersinar di pentas antarabangsa.
Baca juga artikel menarik lain:
Nak Bawa Apa Sekiranya Kena Kuarantin Di MAEPS? Ini Antara Persiapanya
Lelaki Dijangkiti COVID-19 Berdepan Risiko Masalah Mati Pucuk? Ini Penjelasan Pakar…
Sumber daripada: Berita Harian
Post comments (0)