Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Grand Prix Formula Satu (F1) buat kali pertama pada tahun 2021 dengan perlumbaan dilangsungkan pada waktu malam di jalanan Kota Jeddah. Musim F1 pada masa sekarang agak terbatas disebabkan pandemik COVID-19 dengan melihat hanya 17 perlumbaan berlangsung di Eropah dan Timur Tengah. Namun, sukan ini mengharapkan musim dengan perlumbaan penuh pada tahun 2021, dan berkemungkinan mengadakan sebanyak 23 perlumbaan.
The 33rd country to host a round of the Formula 1 world championship
All you need to know about the #SaudiArabianGP ⬇️@SaudiArabianGP https://t.co/MkDMdzSVKm
— Formula 1 (@F1) November 5, 2020
“Arab Saudi merupakan sebuah negara yang pantas menjadi destinasi acara sukan dan hiburan dengan banyak acara besar berlangsung di sana dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kami sangat gembira perlumbaan F1 akan diadakan di sana mulai musim depan,” kata Pengerusi F1, Chase Carey dalam satu kenyataan.
? It’s official ? @F1 is coming to the streets of Jeddah in 2021 ?
Follow us to keep up to date on history being made at the first ever #SaudiArabianGP ?? #HalaF1 #F1 pic.twitter.com/uqbkKcgRLh— SaudiArabianGP (@SaudiArabianGP) November 5, 2020
Arab Saudi menjadi semakin terkenal di persada sukan permotoran, di mana ia menjadi tuan rumah ‘Dakar Rally’ pada bulan Januari sementara dua perlumbaan dari siri all-electric Formula E dijadualkan ke Diriyah pada bulan Februari.
Menurut Putera Khalid Bin Sultan al Faisal, Presiden Persekutuan Automobil dan Motosikal Saudi, Grand Prix Arab Saudi akan menjadi acara sukan terbesar yang dianjurkan dalam sejarah negara itu dan berpotensi untuk mengubah kehidupan, persepsi dan mencapai penonton dan komuniti baharu.
Baca juga artikel menarik lain:
Spectator Sukan – Sabah Terpaksa Diketepikan, Hanya 15 Pasukan Bertanding Piala Malaysia.
