Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Arab Saudi Pertama Kali Jadi Tuan Rumah Perlumbaan F1 Pada Waktu Malam Di Jeddah

today6 November 2020

Background

Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Grand Prix Formula Satu (F1) buat kali pertama pada tahun 2021 dengan perlumbaan dilangsungkan pada waktu malam di jalanan Kota Jeddah. Musim F1 pada masa sekarang agak terbatas disebabkan pandemik COVID-19 dengan melihat hanya 17 perlumbaan berlangsung di Eropah dan Timur Tengah. Namun, sukan ini mengharapkan musim dengan perlumbaan penuh pada tahun 2021, dan berkemungkinan mengadakan sebanyak 23 perlumbaan.

“Arab Saudi merupakan sebuah negara yang pantas menjadi destinasi acara sukan dan hiburan dengan banyak acara besar berlangsung di sana dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kami sangat gembira perlumbaan F1 akan diadakan di sana mulai musim depan,” kata Pengerusi F1, Chase Carey dalam satu kenyataan.

Arab Saudi menjadi semakin terkenal di persada sukan permotoran, di mana ia menjadi tuan rumah ‘Dakar Rally’ pada bulan Januari sementara dua perlumbaan dari siri all-electric Formula E dijadualkan ke Diriyah pada bulan Februari. 

Menurut Putera Khalid Bin Sultan al Faisal, Presiden Persekutuan Automobil dan Motosikal Saudi, Grand Prix Arab Saudi akan menjadi acara sukan terbesar yang dianjurkan dalam sejarah negara itu dan berpotensi untuk mengubah kehidupan, persepsi dan mencapai penonton dan komuniti baharu.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Sabah Terpaksa Diketepikan, Hanya 15 Pasukan Bertanding Piala Malaysia.

Pemandu Jepun bakal uji jentera F1

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Banjir makin pulih, hanya 2 PPS masih dibuka

Shah Alam: Keadaan banjir di Selangor semakin pulih dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil, Sepang malam tadi. Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir ketika dihubungi hari ini berkata, PPS yang menempatkan kira-kira 24 mangsa banjir itu ditutup pada 9.30 malam. Beliau berkata, hanya dua lagi PPS masih beroperasi iaitu Dewan Orang Ramai Pekan Dengkil yang menempatkan 39 […]

today6 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *