Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Khabib Tinggalkan Gelanggang UFC. Ini 3 Sepupunya Yang Bakal Sambung Legasi Kejuaraan

today26 October 2020

Background

Khabib Nurmagomedov merupakan nama yang besar dalam gelanggang Mix Martial Arts (MMA). Perlawanan terakhirnya menentang Justin Gaethje pada 24 Oktober menyaksikan dia berjaya mempertahankan kejuaraan dalam Ultimate Fighthing Champion (UFC), dan sekali gus mengumumkan persaraan. Namun muncul persoalan, siapakah yang akan menggantikan legasi yang ditinggalkan Khabib selepas ini? Mungkin persoalan itu bakal terungkai selepas mendapati sepupu-sepupunya juga mengikut jejak langkahnya sebagai seorang ‘fighther.’ Jadi jom kenali siapakah sepupu-sepupunya dan adakah mereka sama hebat dengan Khabib.

Usman Nurmagomedov 

Lightweight – Bellator

Image via:https://www.dailymail.co.uk/

Usman dikatakan masih muda dalam dunia MMA. Namun dia yang berusia 24 tahun sudah menunjukkan reputasi yang mengagumkan. Sepupu paling muda kepada Khabib itu juga telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama pasukan Bellator dan, seperti Khabib, bertarung dalam kategori berat 155 pound dan mencatatkan kemenangan 12-0. Abdelaziz, yang juga merupakan pengurus Khabib, mengatakan Usman sangat bahaya di dalam gelanggang. Selain itu, Usman juga pakar dalam Muay Thai dan diakui oleh pengurusnya sendiri bahawa dia merupakan versi yang lebih baik daripada Khabib. Bagi yang berminat nak tengok Usman bertarung, pertarungan pertamanya di Bellator dijangka akhir tahun pada bulan Disember atau awal 2021.

Abubakar Nurmagomedov 

Welterweight – UFC

Image via:https://www.dailymail.co.uk/

Buat yang meminati arena UFC, nama ini mungkin tidak asing lagi semasa perkelakihan antara Khabib dengan McGregor yang berakhir dengan kemenangan Khabib. Abubakar merupakan pemain berusia 30 tahun yang hebat kerana mempunyai latar belakang dalam pertempuran sambo. Tumbukannya juga diakui sangat kuat. Sebagai sepupu Khabib yang paling tua sekali, dia mungkin menjadi ahli keluarga Nurmagomedov yang mencapai tahap teratas dalam kejuaraan UFC.

Umar Nurmagomedov 

Bantamweight – UFC

Image via:https://www.dailymail.co.uk/

Seorang lagi sepupu muda Khabib yang mencatatkan kemenangan sempurna. Umar yang berusia 24 tahun mempunyai badan yang bersaiz sedikit kecil berbanding sepupunya yang lain. Namun, jangan biarkan badan kecil itu mengelirukan anda dengan kehebatannya. Dia berjaya mengumpul rekod kemenangan 12-0 di beberapa organisasi yang berbeza sejak membuat kemunculan pertama profesionalnya pada tahun 2016. 

Menurut laporan, Umar sepatutnya membuat kemunculan dalam kejuaraan UFC di Fight Island menentang pemain Britain, Nathaniel Wood awal musim panas ini, tetapi dia menarik diri. Dikhabarkan juga kini dia sedang membuat persediaan untuk perlawanan seterusnya. Seperti ahli keluarga Nurmagomedov yang lain, kardio Umar sangat mengagumkan dan pasti menarik untuk melihat bagaimana perkembangan fighter berusia 24 tahun ini untuk tahun-tahun akan datang.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Jenama² Terkenal Ini Rupanya Pernah Keluarkan Produk…

Temu Janji ‘Ngeri’ Terpaksa Belanja Makan Lebih 20 Orang Kenalan Wanita Baru Dikenalinya

 

 

 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[TERKINI] PKPB Di KL, Selangor, dan Putrajaya Dilanjutkan 2 Minggu Lagi

Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan PKPB selama 14 hari mulai 27 Oktober hingga 9 November.KKM juga mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan COVID-19 di ketiga-tiga kawasan.Sementara itu, prosedur operasi standard (SOP) masih kekal dan perlu terus diamalkan.Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mula dikenakan PKPB semenjak 14 Oktober lalu berikutan peningkatan secara mendadak kes jangkitan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today26 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *